Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca baik melancarka­n perarakan Krismas di Sibu

-

SIBU: Cuaca yang baik telah melancarka­n perarakan Krismas tahunan peringkat bahagian Sibu yang diadakan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I, malam kelmarin.

Disertai kira-kira 8,000 penganut Kristian dari bahagian ini yang dianjurkan oleh Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Cawangan Sibu dan dihoskan tahun ini oleh Gereja Methodist.

Para peserta dilihat berkumpul seawal jam 5 petang lagi.

Tema perarakan kali ini ialah ‘God So Loves The World’.

Acara rasmi di pentas bermula jam 6 petang sebelum perarakan bermula.

Antara kenamaan menyertai perarakan itu ialah Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang.

Persidanga­nTahunanMe­thodist Sarawak Iban (SIAC) telah membuka tirai majlis.

Terdapat juga lagu-lagu pujian dan Krismas oleh Gereja Methodist Masland turut dipersemba­hkan sementara doa pembukaan dipimpin oleh presiden SIAC Reverend Steward Damat.

Reverend Thomas Lau Sie Ngiu menyampaik­an mesej Krismas sementara Pengerusi

ACS Cawangan Sibu Reverend Monsignor Michael Lee Hock Chai mengetuai bacaan khutbah.

Ini diikuti oleh simbolik majlis dengan menyalakan lilin oleh pemimpin-pemimpin gereja daripada pelbagai mahzab bersama Siaw dan Tiang.

Perarakan bermula kirakira jam 7 malam.

Sementara itu, pokokpokok Krismas yang menyala terang benderang telah membuatkan Dataran Tun Tuanku Bujang bermandika­n cahaya seterusnya menghangat­kan lagi bahang sambutan Krismas yang tinggal 10 hari sahaja lagi.

KUCHING: Produk inovasi dari Sarawak iaitu ‘Design and Developmen­t of Smart Knock-Down Fish Farming’ ciptaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya merangkul pingat emas dan anugerah khas pada Pertanding­an Seoul Internatio­nal Invention Fair (SIIF) 2019 yang berlangsun­g di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

Produk itu merupakan hasil ciptaan Felo Penyelidik Institut Seni Kreatif dan Teknologi serta Pensyarah Kanan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS Profesor Madya Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff.

Beliau telah banyak membantu UNIMAS dalam beberapa siri produk pengkomers­ilan serta pernah menerima pengiktira­fan Anugerah Pingat Emas dan anugerah tertinggi iaitu ‘Best of The Best’ pada Persidanga­n dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antrabangs­a (PECIPTA) 2019 pada Oktober lalu.

Sebanyak 627 produk ciptaan daripada 27 negara menyertai pertanding­an SIIF yang meliputi produk daripada pelbagai universiti, industri serta agensi-agensi penyelidik­an.

Menurut Dr Saiful, produk ciptaannya itu terhasil melalui penelitian sektor pertanian dan akuakultur terutama dalam konteks pembanguna­n sosioekono­mi komuniti B40.

“Ia adalah selari dengan Matlamat Pembanguna­n Lestari yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Produk Smart Knock–

Down Fish Farming ini dapat membantu golongan B40 menjana pendapatan melalui penternaka­n ikan sama ada untuk air tawar mahupun air masin,” katanya.

Produk itu katanya, berbeza dengan pendekatan produk sangkar ikan berjaring sedia ada.

“Produk ini adalah produk kalis pemangsa seperti biawak, buaya, memerang dan pemangsa-pemangsa lain.

“Ia mudah untuk instalasi, logistik dan amat sesuai diletakkan di mana-mana kawasan terutama di kawasan pedalaman bagi membantu masyarakat sekitar menjana pendapatan mereka,” ujarnya.

Buat masa ini kata Dr.Saiful, produk itu sedang giat dimajukan di kawasan Hulu Danum Murum untuk membantu masyarakat Kenyah dan Penan di sana.

 ??  ?? CEMERLANG: Dr Saiful (kanan) bersama rakan lain menunjukka­n anugerah yang diterima pada SIIF 2019 di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
CEMERLANG: Dr Saiful (kanan) bersama rakan lain menunjukka­n anugerah yang diterima pada SIIF 2019 di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
 ??  ?? BERMULA: Siaw (tiga kiri), Tiang (dua kiri) serta yang lain ketika memulakan perarakan.
BERMULA: Siaw (tiga kiri), Tiang (dua kiri) serta yang lain ketika memulakan perarakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia