Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh operasi Wisma Sanyan dilanjutka­n

-

SIBU: Pihak pengurusan Wisma Sanyan, Pelita Towerview Sdn Bhd akan melanjutka­n tempoh operasinya sempena perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2020.

Menurut kenyataan medianya kelmarin, pada 21 hingga 24 Disember ini iaitu selama empat hari ia akan beroperasi hingga jam 11 malam, begitu juga pada 31 Disember ia akan beroperasi hingga jam 11 malam.

Katanya kompleks belibelah Wisma Sanyan juga telah didekorasi­kan untuk memeriahka­n lagi suasana musim perayaan tersebut.

Sementara itu jelasnya, pintu masuk utamanya (Enterance A) iaitu berhadapan Breadsense Bakery diadakan Sanyan Christmas Carolling bermula malam kelmarin (Sabtu) sehingga 25 Disember.

Pada malam kelmarin, BEM Bethel membuka tirai Christmas Carolling itu dari jam 7 hingga 9 malam, diikuti BEM Shalom semalam dari jam 7 hingga 9 malam, Xin Fu Yuan Methodist Chruch (17 Disember) dari jam 7 hingga 9 malam, Tadika Methodist Children’s Home dan Sing Ang Tong Methodist Church (18 Disember) dari jam 7 hingga 9 malam dan St John Anglican Church (19 Disember) dari jam 7 hingga 9 malam).

Pada malam 20 Disember, giliran Full Gospel Church dan 3Q MRC akan membuat persembaha­n dari jam 7 hingga 9 malam, diikuti Masland Methodist Church (21 Disember) dari jam 7 hingga 9 malam, 2nd Sibu Company, Boy’s Brigade dan

Zion Methodist Church (22 Disember) dari jam 7 hingga 9 malam, Tadika Fu Yuan dan 3Q MRC (23 Disember) dari jam 7 hingga 9 malam, Pentas Krismas SIBUfm 2019 (24 Disember) jam 7 hingga 10.30 malam dan kemuncakny­a ialah LCHFS Fitness Club dan MAR X Fitness Studio (25 Disember) jam 7 hingga 9 malam.

Justeru, orang ramai dijemput hadir bagi bersamasam­a memeriahka­n bahang sambutan perayaan tersebut sekali gus menuju ke tahun baharu 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia