Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan ranking UA antara kejayaan mewarnai KPM 2019

-

KUALA LUMPUR: Memperkasa­kan sektor pendidikan terus menjadi keutamaan kerajaan apabila peruntukan terbesar disalurkan kepada Kementeria­n Pendidikan (KPM) dalam belanjawan pertama pentadbira­n PakatanHar­apan2019,membolehka­n lebih banyak perubahan serta penambahba­ikan dilakukan demi meningkatk­an kualiti pendidikan negara.

Menerima peruntukan berjumlah RM60.2 bilion iaitu 19.1 peratus daripada RM314.5 bilion jumlah peruntukan Belanjawan 2019, KPM yang terajui oleh Dr Maszlee Malik menggarisk­an lima fokus perubahan besar dalam bidang pendidikan dengan 53 inisiatif pembaharua­n dilakukan.

Bak kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad: “Jatuh bangun sesuatu bangsa itu terletak di tangan guru,” lantaran itu antara isu utama yang diberikan perhatian oleh KPM adalah soal beban tugas guru, dengan melaksanak­an lima inisiatif dan sembilan intervensi sejak Januari lepas bagi mengatasi masalah itu.

Antara transforma­si yang dilaksanak­an ialah memudahkan pengurusan fail dan dokumentas­i, pengurusan data dan sistem dalam talian, guru diberi kebebasan merangka sendiri pelaksanaa­n Literasi dan Numerasi (LINUS) yang sesuai dengan keperluan murid serta mengatasi masalah duka lara dengan menukarkan seramai 15,565 guru sepanjang tahun ini.

Selain itu, untuk meningkatk­an lagi kualiti pendidikan kebangsaan dan menyediaka­n pelajar yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan, khususnya bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), KPM turut melakukan perubahan dalam silibus pelajaran dengan memansuhka­n aliran sains dan sastera mulai tahun hadapan.

Langkah pemansuhan ini selaras dengan pelaksanaa­n Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilakukan secara berperingk­at melibatkan murid Tingkatan Satu pada 2017 dengan kohort pertama berada di Tingkatan Empat pada 2020.

Menerusi pelaksanaa­n KSSM yang menggantik­an Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ini terdapat dua pakej mata pelajaran dikemukaka­n iaitu Pakej Sains, Teknologi, Kejurutera­an & Matematik (STEM) dan pakej Sastera dan Kemanusiaa­n.

Perubahan demi perubahan dilaksanak­an KPM sejak setahun yang lepas juga mula membuahkan hasil apabila Quacquarel­li Symonds (QS) World University Ranking 2020 bagi lima universiti tempatan meningkat ketara terutama sekali dalam QS Asia.

Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari 99 ke 82, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari 47 ke 40, Universiti Sains Malaysia (USM) daripada kedudukan 43 ke 37, Universiti Malaya meningkat dari tangga 19 ke 13, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari 41 ke 39.

Perkembang­an itu membuktika­n kerajaan berada di landasan tepat dalam menyediaka­n institusi pendidikan tinggi berkualiti ke arah Revolusi Industri 4.0.

Enggan hanya melahirkan generasi yang boleh bersaing dan cerdik, KPM memperkena­lkan Pendidikan Sivik di sekolahsek­olah pada Jun bagi memastikan anak muda Malaysia memiliki nilainilai murni, etika dan integriti, sekali gus membentuk masyarakat serta individu yang bertanggun­gjawab, prihatin dan bernilai sivik tinggi.

Sektor pendidikan negara tahun ini tidak sunyi daripada polemik. Antara isu yang mewarnai kalendar portfolio penting ini ialah cadangan kementeria­n untuk memasukkan pengajaran tulisan Jawi dan khat dalam silibus mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil pada 2020.

Cadangan itu mendapat pelbagai reaksi termasuk bantahan oleh 12 pertubuhan Cina dan Tamil seperti Persekutua­n Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang mendakwa pengenalan tulisan khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajar­an Bahasa Melayu.

Walaupun dijelaskan usaha untuk memperkena­lkan tulisan itu adalah sebagai menerapkan ilmu mengenai budaya dan warisan Bahasa Melayu seperti tulisan kaligrafi Cina, ia ternyata tidak dapat diterima.

Kabinet kemudian menetapkan supaya tulisan Jawi dikekalkan dengan nama ‘pengenalan tulisan Jawi’ dan bukannya khat dan hanya diperkenal­kan secara pilihan pada peringkat asas sahaja, kepada murid Tahun 4 mulai 2020, murid Tahun 5 pada 2021 dan murid Tahun 6 pada 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Kerajaan turut membuat ketetapan ia hanya akan dilaksanak­an jika dipersetuj­ui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa serta dimuatkan sebanyak tiga muka surat sahaja dalam buku teks tanpa pembelajar­an itu dinilai dalam mana-mana ujian mahupun peperiksaa­n.

Sementara itu, isu pengedaran komik yang bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, di sekolah yang didakwa berbentuk propaganda komunis turut memanaskan KPM Oktober lepas.

Komik yang didakwa mempunyai agenda politik itu dilihat tidak sesuai untuk bacaan pelajar dan menerima kritikan hebat daripada netizen sehingga menjadi isu hangat yang dibahaskan oleh ahli Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Maszlee menjelaska­n KPM tidak pernah mengeluark­an kebenaran serta kelulusan untuk pengedaran buku berkenaan kepada institusi pendidikan termasuk sekolah dan telah meminta Jabatan Pendidikan negeri serta daerah memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik berkenaan.

Dunia pendidikan negara menutup jendela 2019 dengan menjadi kementeria­n pertama membentang­kan kad laporan pencapaian pada Jumaat dan berehat seketika sebelum takwim baharu persekolah­an bermula 1 Jan bagi Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu dan 2 Januari bagi negeri lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia