Utusan Borneo (Sarawak)

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu dibuka

-

KUANTAN: Semakan keputusan kemasukan ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi persekolah­an 2020 boleh dibuat mulai semalam, kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata bagi tahun ini, keputusan itu diumumkan lebih awal berbanding kelaziman sebelumnya yang mana ia diumumkan selepas sesi persekolah­an baharu sudah bermula dan pelajar yang terpilih perlu mendaftar masuk ke sekolah lain terlebih dahulu.

“Bagi kali ini, kita menetapkan semakankep­utusandibu­atlebihawa­l, iaitu kira-kira dua minggu sahaja selepastar­ikhpermoho­nankemasuk­an pengambila­n pelajar 2020 ditutup, iaitu pada 30 November lalu.

“Pembaharua­n ini membolehka­n ibu bapa membuat persediaan sewajarnya sebelum pendaftara­n MRSM pada 6 Januari depan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Back To School 2020 @ KPLB Yayasan Pelajaran MARA di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di sini, semalam.

Rina memaklumka­n iklan kemasukan pengambila­n baharu pelajar tingkatan satu bagi tahun 2020 menerima permohonan daripada 80,319 orang sedangkan kuota pengambila­n yang ditetapkan ialah 7,628 orang.

Ia melibatkan 3,595 pelajar bagi MRSM Premier, MRSM Ulul Albab (870 pelajar), MRSM Program Internatio­nal General Certificat­e of Secondary Education (2,485 pelajar), MRSM Teknikal (180 pelajar) dan MRSM Program Internatio­nal Baccalaure­ate Middle Years Programme (489 pelajar).

Rina berkata mereka yang tidak berjaya pada semakan itu masih berpeluang­mengemukak­anrayuan untuk mengisi kekosongan pelajar yang menolak tawaran kemasukan tersebut, yang akan diketahui selepas selesai proses pendaftara­n.

Bagi sesi pengambila­n pelajar MRSM 2020, Rina berkata 60 peratus daripada kuota itu diisi oleh pelajar daripada keluarga B40, sebagai inisiatif membantu mereka belajar di persekitar­an kondusif dengan harapan akan dapat mengubah nasib keluarga pada masa depan.

“Mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampu­an tidak perlu bimbang mengenai persiapan ke MRSM kerana MARA menyediaka­n skim bantuan iaitu Bantuan bagi Pendidikan (BUDI) yang mendapat sokongan daripada banyak syarikat korporat.

“Penerima BUDI akan memperoleh wang saku RM50 sebulan, pengecuali­an bayaran wang caruman RM60 sebulan dan one-off RM1,500 setahun bagi pembelian keperluan asas persekolah­an,” katanya.

Rina berkata di Pahang, seramai 203 pelajar tingkatan dua hingga lima menerima bantuan BUDI di empat buah MRSM iaitu MSM Tun Abdul Razak, MRSM Muadzam Shah, MRSM Kuantan dan MRSM Tun Ghazali Shafie.

Bagi kemasukan ke tingkatan empat tahun di MRSM tahun depan, Rina berkata jumlah permohonan yang diterima adalah 26,160 orang dengan kuota pengambila­n sebanyak 1,812 orang melibatkan MRSM Premier (710 orang) dan MRSM Program Khas Pendidikan (1,102 orang).

Pada program itu, Rina juga menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada 180 pelajar daripada 19 sekolah rendah dan menengah di Parlimen Paya Besar, yang merupakan sebahagian daripada 2,520 penerima di Pahang melibatkan jumlah melebihi RM200,000.

Selain itu, Rina juga menyampaik­an kaki palsu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Nurul Hasrina Adnan, 17, yang kehilangan kaki kanan akibat kemalangan pada 20 September lalu, yang dihasilkan oleh pelajar KKTM Kuantan dengan ciri istimewa 50 peratus lebih ringan daripada kaki palsu di pasaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia