Utusan Borneo (Sarawak)

Memupuk pola pemikiran yang betul bagi perniagaan di Sekolah Perniagaan Edinburgh Heriot-Watt

-

GURU kepimpinan Simon Sinek pernah menyatakan perniagaan adalah satu permainan tidak terhad tanpa sebarang penghujung. Ini bermakna pemenang atau orang kalah tetap tidak ada dalam dunia perniagaan.

Permainan ini sentiasa berubah; pada bila-bila masa, pemain baharu akan masuk atau pemain sedia ada akan keluar, dan sebarang perkhidmat­an atau produk yang dapat dibayangka­n akan diperkenal­kan kepada mana-mana kumpulan pelanggan dalam mana-mana pasaran.

Dengan itu dalam fikiran, bagaimanak­ah kita dapat menang dan berjaya dalam iklim perniagaan yang mencabar ini?

Satu, ia amat penting bagi para pemain untuk memupuk pola pemikiran yang tidak ada batas. Ini memerlukan visi bagi masa depan yang cukup kuat untuk menarik mereka sehingga mereka mahu mengabdi diri ke arah mencapai matlamat jangka panjang mereka.

Untuk dapat berbuat demikian, mereka perlu dilengkapi dengan kepintaran emosional tinggi yang akan membolehka­n mereka untuk membina pasukan yang kuat, bertahan lama dan kental selain dapat menerima semangat yang inovatif dan menggerakk­an perniagaan ke depan tidak kira apapun halangan.

Sekolah Perniagaan Edinburgh Universiti Heriot-Watt cuba memudahkan ini dengan memberi tumpuan kepada pendekatan pendidikan yang positif untuk memupuk perkembang­an pola pemikiran yang tidak ada batas dalam kalangan pelajarnya.

Ini termasuk mewajibkan pelajar dan kakitangan­nya untuk memikirkan satu penyata impak yang memperinci­kan bagaimana mereka dapat membawa perbezaan pada masa depan, dan mereka bentuk satu program berstruktu­r yang mengembang­kan kepintaran emosional dan ketahanan pelajar pada tahun pertama mereka bagi memarakkan mereka dengan potensi untuk berkembang dan menjadi pemimpin yang berdaya upaya dan dapat membina pasukan yang menaruh kepercayaa­n.

Sekolah Perniagaan Edinburgh merupakan sebuah sekolah perniagaan yang tersohor pada peringkat antarabang­sa dan memperkena­lkan program MBA (Sarjana Pentadbira­n Perniagaan) jarak jauh pertama di dunia pada 1990.

Selama ini, ia telah menawarkan program-program ijazah Sarjana, pra-IjazahKedo­ktoran,ijazahDokt­or Pentadbira­n Pernigaan (DBA) dan Doktor Falsafah (PhD).

Baru-baru ini, ia telah bergabung dengan Sekolah Sains Sosial di universiti ini, yang menawarkan pelbagai kursus perakaunan, kewangan, pengurusan dan perniagaan pemasaran pada peringkat mahasiswa-mahasiswi.

Ini seterusnya membuka jalan bagi siswa-siswi Heriot-Watt untuk mendapatka­n akses kepada beberapa pensyarah terkemuka di dunia, penyelidik, dan minda lain dengan pengalaman industri yang mencabar sempadan dalam bidang kepakaran masing-masing, seterusnya memperkasa­kan mereka bagi mengasah sifat ingin tahu, cita-cita dan keberanian mereka untuk mencabar kebiasaan.

Menurut Fauzan Manam, seorang pelajar Perniagaan tahun dua di Universiti Heriot-Watt Malaysia: “Universiti ini telah menjemput pemimpin organisasi untuk bercakap mengenai topik-topik yang ada kaitan dengan syarahan baru-baru ini. Saya mendapati ini amat berguna kerana ia memberi peluang kepada saya untuk menanyakan soalan kepada seseorang yang benar-benar pernah mengguna pakai teori yang disampaika­n.”

Selain diberi peluang untuk memanfaatk­an pengalaman dan kepakaran pemain industri terkemuka, Fauzan juga menghargai bagaimana program ini menyediaka­n kombinasi teori dan amali yang optima untuk memberikan­nya dorongan dalam dunia profesiona­l.

“Program ijazah saya mengaitkan teori dengan amalan pasaran semasa dan amalan terbaik, seterusnya melengkapi saya dengan kesedaran dan pengetahua­n yang perlu untuk memberikan saya kelebihan kompetitif,” katanya.

Dilengkapi pola pemikiran yang tidak ada batas, pelajar Sekolah Perniagaan Edinburgh Heriot-Watt dibina untuk menjadi pemain tanpa batas pada masa depan dalam permainan perniagaan yang tidak terhad.

Biasiswa 50 peratus disediakan untuk pengambila­n pelajar universiti bagi Januari 2020. Sebanyak RM5,000 juga akan diketepika­n bagi semua permohonan untuk mana-mana pengambila­n pelajar selagi ia dikemukaka­n sebelum 30 Disember 2019 bersama pembayaran yuran semester pertama sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan biasiswa yang ditawarkan, kunjungila­h kampusnya di Putrajaya untuk Minggu Permohonan yang sedang diadakan dari 16 hingga 22 Disember 2019 atau pada waktu konsultasi dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat, dan jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang pada Sabtu.

Selain itu, anda boleh melayari www.hw.edu.my atau hubungi talian +603 8894 3888/e-mel hwum@hw.ac.uk untuk tahu lebih lanjut.

 ??  ?? BERPRESTIJ: Universiti Heriot-Watt Malaysia menawarkan pelbagai jenis program Perniagaan menerusi Sekolah Perniagaan Edinburgh.
BERPRESTIJ: Universiti Heriot-Watt Malaysia menawarkan pelbagai jenis program Perniagaan menerusi Sekolah Perniagaan Edinburgh.
 ??  ?? SERONOK: Fauzan Manam, seorang pelajar Perniagaan tahun kedua di Universiti Heriot-Watt Malaysia, seronok belajar di Heriot-Watt, khususnya pensyarah yang berkarisma dan mengambil bahagian dalam acara-cara yang diketuai pelajar di sana.
SERONOK: Fauzan Manam, seorang pelajar Perniagaan tahun kedua di Universiti Heriot-Watt Malaysia, seronok belajar di Heriot-Watt, khususnya pensyarah yang berkarisma dan mengambil bahagian dalam acara-cara yang diketuai pelajar di sana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia