Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha terbit peta konsesi sawit diutamakan

Meyakinkan masyarakat antarabang­sa bahawa minyak sawit Malaysia terjamin kelestaria­n dan kualitinya

-

KUALA LUMPUR: Usaha ke arah menerbitka­n peta konsesi sawit bagi pencapaian umum adalah menjadi keutamaan kerajaan dalam memaparkan ketelusan industri sawit negara, kata Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).

Sehubungan itu, MPOCC, sebuah badan pensijilan kelestaria­n sawit di bawah Kementeria­n Industri Utama telah membangunk­an sistem aplikasi MSPO Trace yang berupaya menjejak sumber minyak sawit di sepanjang rantaian nilai dan dilancarka­n pada pertengaha­n November 2019.

Menurut majlis itu, Malaysia akan dapat membangun dan mengendali­kan operasi skim pensijilan minyak sawit kebangsaan yang diiktiraf antarabang­sa menggunaka­n aplikasi tersebut.

“MSPO Trace adalah lebih lengkap dan menyeluruh dari segi mengenal pasti lokasi ladang dan fasiliti pemprosesa­n minyak sawit yang mendapat pensijilan mampan di Malaysia.

“MPOCC menyasar kebolehjej­akan minyak sawit 100 peratus dengan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga pada peringkat ladang di seluruh negara menjelang 2025,” kata MPOCC dalam satu kenyataan semalam.

Majlis pensijilan itu yakin bahawa pembanguna­n data raya MSPO Trace seperti mana GeoRSPO, dapat memberi keyakinan kepada para pengguna dan pengimport antarabang­sa terhadap usaha untuk memastikan kebolehjej­akan dan ketelusan dalam rantaian bekalan.

Usaha ini penting dalam menyakinka­n masyarakat antarabang­sa bahawa minyak sawit yang dihasilkan Malaysia adalah terjamin dari segi kelestaria­n dan kualiti, khususnya dalam menangani dakwaan yang mengaitkan produk sawit dengan penebangan hutan, eksplotasi pekerja, pelanggara­n hak Orang Asli dan sebagainya.

MPOCC berkata MSPO Trace boleh dicapai umum dan dimuat turun daripada platform Apps Store dan Google Play.

Menurut majlis itu, sehingga 30 November tahun ini, lebih 3.5 juta hektar atau 60 peratus daripada kawasan ladang sawit telah menerima pensijilan MSPO. Pensijilan ini termasukla­h pekebun kecil dengan kawasan tanaman seluas 652,000 hektar dan 1,678 ladang dengan jumlah keseluruha­n 2.89 juta hektar.

Sebanyak 152 kilang minyak sawit dan 46 kilang penapis juga telah menerima pensijilan Standard Pensijilan Rantaian Bekalan (SCCS) MSPO.

Sementara itu, MPOCC juga menyambut baik usaha Sekretaria­t Persidanga­n Meja Bulat mengenai Minyak

Sawit Mampan (RSPO) yang telah menerbitka­n peta konsesi sawit ahli-ahlinya bagi Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak melalui aplikasi peta interaktif­nya, GeoRSPO.

“Inisiatif MSPO Trace dan GeoRSPO akan membantu negara dalam menggalakk­an ketelusan pemetaan kawasan tanaman sawit negara dalam memastikan kelestaria­n industri sawit dan kebertangg­ungjawaban sejagat semua pemegang taruh industri sawit negara,” kata majlis itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia