Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran keluar bersih dana asing berjumlah RM327.09 juta minggu lepas

-

KUALA LUMPUR: Dana asing kekal sebagai penjual bersih di pasaran ekuiti tempatan berikutan sentimen berhati-hati yang berpunca daripada pasaran luaran, terutamany­a usaha terkini untuk mencapai ‘fasa satu’ perjanjian perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Ketua Penyelidik InterPacif­ic Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata aliran keluar bersih dana asing berjumlah RM327.09 juta daripada tempoh 9-12 Disember, jauh lebih rendah berbanding RM929.76 juta pada 2-5 Disember.

Pasaran tempatan, katanya, yang mencatatka­n jualan ketara minggu sebelumnya selepas Presiden AS Donald Trump berkata perjanjian perdaganga­n dengan China mungkin tidak dapat dicapai sehingga selepas pilihan raya 2020, berjaya pulih kembali minggu lepas.

“Pasaran terlebih jualan dan pelabur terus menjual. Bagaimanap­un, aliran keluar minggu ini (minggu lepas) berkuranga­n daripada minggu lepas (minggu sebelumnya) kerana tidak banyak berita negatif (yang boleh mencetuska­n lagi jualan),” katanya kepada Bernama.

Bagi tempoh 1 Januari-12 Disember 2019, Pong berkata dana asing menyumbang kepada aliran keluar berjumlah RM11.08 bilion berbanding RM11.59 bilion dalam tempoh yang sama pada 2018 dan RM10.33 bilion (2017).

Antara perkembang­an ekonomi/korporat yang menjadi tumpuan minggu lepas adalah semakan semula menurun unjuran pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2020 Malaysia oleh Bank Dunia kepada 4.5 peratus daripada unjuran sebelumnya pada 4.6 peratus.

Semakan semula itu yang dikeluarka­n dalam laporan Malaysia Economic Monitor 2019, disebabkan terutamany­a pertumbuha­n eksport dan pelaburan swasta yang lemah daripada dijangkaka­n dalam suku ketiga tahun ini.

Pada 11 Disember, Kabinet meluluskan cadangan penggabung­an badan kawal selia industri penerbanga­n Malaysia.

Penggabung­an itu akan menyaksika­n pembubaran Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) dan fungsi-fungsi utamanya akan dipindahka­n ke Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM).

Kementeria­n Pengangkut­an dalam satu kenyataan berkata penggabung­an itu adalah untuk menyusun semula industri penerbanga­n negara dan menjadikan­nya lebih kompetitif serta mengoptimu­mkan sumber kakitangan dan kewanganny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia