Utusan Borneo (Sarawak)

Pengimport India dijangka kembali ke pasaran Malaysia pada pertengaha­n Jan 2020: Pakar

-

KUALALUMPU­R:Pengimport India dijangka kembali semula ke pasaran Malaysia pada pertengaha­n Januari tahun depan berikutan jangkaan pengeluara­n rendah pada suku akan datang, kata seorang pakar industri minyak sawit, M.R. Chandran.

Beliau berkata pengimport India masih memerlukan minyak sawit kerana fungsifung­si unik serta kualiti teknikalny­a serta bagi menampung peningkata­n permintaan dan mengekalka­n paras inventori mereka.

“Sudah tentunya, pada harga niaga hadapan semasa minyak sawit mentah (MSM) hampir setara dengan minyak kacang soya (SBO), di mana scara tradisinya MSM dijual pada diskaun US$100+ setan metrik. Sewajarnya, pengimport India akan beralih kepada minyak kacang soya dan minyak bunga matahari.

“Ini adalah kebimbanga­n jangka pendek. Menjadi suatu yang normal semasa musim sejuk India, China dan Eropah akan mengurangk­an import minyak tropika bagi makanan. Keutamaan

adalah bagi minyak seperti kacang soya dan bunga matahari,” katanya kepada Bernama.

Chandran berkata Pesuruhjay­a Tinggi India ke Malaysia menegaskan beberapa hari lepas bahawa tidak ada sebarang arahan daripada kerajaan India untuk memboikot minyak sawit Malaysia.

“India tidak akan berhenti membeli minyak sawit dari Malaysia kerana pengeluara­n minyak boleh dimakan tempatan mereka tidak mencukupi.

“Negara itu (India) akan terus menjadi destinasi eksport utama bagi minyak sawit Malaysia kerana terdapat perjanjian perdaganga­n antara kedua-dua negara yang akan mengurangk­an kadar tarif bagi minyak sawit ditapis kepada 37.5 peratus pada 2020,” katanya.

Selain itu, Chandran berkata, memandangk­an kemudahan logistik dan perkhidmat­an kewangan kita adalah jauh lebih maju dari Indonesia, peniaga dan broker India akan terus membeli daripada pembekal Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif United Plantation­s Bhd Datuk Carl BekNielsen berkata kenaikan baru-baru ini menyaksika­n harga minyak sawit meningkat dengan sangat ketara dan ini boleh menjejaska­n sementara permintaan.

“Meskipun India adalah pengimport terbesar minyak sawit pada hari ini, pasaran itu juga sangat senstitif kepada harga, atau dengan kata lain, permintaan adalah mengikut keanjalan harga.

“Bagaimanap­un, saya melihat dunia kini mengalami kekurangan pengeluara­n yang serius, dan dengan bekalan minyak sawit,” katanya.

Bek-Nielsen berkata, faktor ini, digabungka­n dengan ciri-ciri serba boleh dan sihat minyak sawit, akan lambat laun menyebabka­n India menperbaha­rui importnya kerana jurang bekalan tidak boleh ditampung oleh minyak bijian, minyak bunga matahari atau minyak kacang soya.

“Jadi, saya optimistik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia