Utusan Borneo (Sarawak)

Protes di Beirut dilerai keras, ratusan cedera

-

BEIRUT: Pasukan keselamata­n melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah penunjuk perasaan Lubnan di tengah Beirut kelmarin dalam pertempura­n yang berterusan sehingga ke waktu malam dan mencederak­an beberapa orang.

Ratusan peserta berarak di ibu negara dalam sebahagian daripada gelombang bantahan bersejarah yang telah melanda Lubnan sejak 17 Oktober, kemarahan terhadap pihak elit pemerintah yang memimpin negara ke arah krisis ekonomi terburukny­a sejak beberapa dekad.

Sejak bantahan mendesak Saad al-Hariri agar meletak jawatan sebagai perdana menteri, rundingan di antara parti-parti utama berdepan kebuntuan selama beberapa minggu bagi pembentuka­n sebuah kabinet baharu.

Lubnan amat memerlukan sebuah kerajaan baharu untuk mengeluark­annya dari krisis.

Penderma asing menyatakan mereka akan hanya membantu selepas negara mendapat sebuah kabinet yang boleh menggubal perubahan.

Pihak polis pencegah rusuhan dan pasukan keselamata­n diarahkan beramairam­ai di Beirut pada malam kelmarin, memburu penunjuk perasaan, memukul dan menahan beberapa orang daripada mereka, kata seorang saksi Reuters dan seorang penunjuk perasaan.

Asap putih berkepul dari kanister gas pemedih mata dan siren ambulans kedengaran semasa kedua-dua pihak berkejaran di sekitar jalan raya di tengah Beirut dalam perbalahan sehingga malam.

Penunjuk perasaan melastik batu ke arah polis dan mereka yang lain cuba untuk menyusup melalui penghadang besi yang menghalang laluan ke parlimen dan ibu pejabat kerajaan.

Agensi media negara NNA menyatakan gas pemedih mata menyebabka­n beberapa orang pengsan.

Pihak Pertahanan Awam Lubnan menyatakan ia telah merawat 54 orang bagi kecederaan, membawa lebih separuh ke hospital.

Pasukan Keselamata­n Dalaman menyatakan sekurang-kurangnya 20 anggota polis telah tercedera.

Ketegangan meletus pada Oktober angkara kemarahan awam terhadap peningkata­n kos hidup, rancangan cukai yang baharu dan rekod bagi pemimpin kaum mendominas­i negara sejak perang saudara 1975-90.

Penunjuk perasaan menuduh golongan politik memeras negara bagi kepentinga­n diri mereka sendiri melalui rangkaian sokongan.

Krisis ekonomi Lubnan yang sudah lama berlaku, telah sampai ke tahap kemuncak, tekanan telah menimbun terhadap pound Lubnan yang tergantung.

Kejatuhan matawang telah menyebabka­n ramai pengimport tidak mampu untuk membawa masuk barangan dan bank-bank telah menyekat pengeluara­n dolar. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? RUSUHAN: Penunjuk perasaan melontar batu ke arah anggota polis semasa pertelingk­ahan di Beirut, kelmarin.
— Gambar AFP RUSUHAN: Penunjuk perasaan melontar batu ke arah anggota polis semasa pertelingk­ahan di Beirut, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia