Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut badai Perancis

Dua maut, ribuan terputus bekalan elektrik

-

PEYREHORAD­E: Dua pesara maut dan puluhan ribu kediaman terputus bekalan elektrik apabila ribut kencang dan banjir melanda barat daya Perancis.

Sebelas bahagian masih diletakkan dalam amaran cuaca oren lewat kelmarin.

Seorang lelaki berusia 70 tahun maut di PyreneesAt­lantique dalam Basque Country pada Jumaat lepas apabila kenderaann­ya melanggar sebatang pokok yang tumbang.

Di Espiens dalam wilayah Lot-et-Garonne, seorang lelaki berusia 76 tahun dihanyutka­n oleh air banjir apabila dia keluar untuk mendapatka­n suratnya pada Jumaat lepas.

Penyelamat menjumpai mayatnya 24 jam kemudian lebih sekilomete­r dari rumahnya.

Lima orang lagi cedera, dua parah, apabila pokok menghempap kenderaan mereka.

Sebanyak 40,000 kediaman terputus bekalan tenaga pada petang kelmarin dan kirakira 15,000 masih begitu menjelang petang, kata pengusaha utiliti elektrik Enedis kepada AFP.

Seorang jurucakap syarikat menambah, kira-kira 2,000 juruteknik telah dikerahkan untuk memulihkan tenaga kepada pelanggan tersebut, dan menggesa orang ramai untuk menghubung­i ‘hotline’ khusus jika mereka ternampak tali elektrik terputus.

Pada waktu malam, kirakira 400,000 kediaman mengalami kejadian putus bekalan elektrik apabila banjir menenggela­mi beberapa bahagian wilayah dengan air yang naik hampir 2.7 meter dan sebanyak 30 sentimeter sejam di beberapa kawasan.

Banjir dan kejadian tanah runtuh memotong akses kepada stesen luncur ski di Gourette dan Artouste, manakala pengagihan air minuman dalam perkampung­an Laruns terganggu.

Di bahagian Landes yang berdekatan, kira-kira 600 orang dikosongka­n pada Jumaat lepas sebagai langkah pencegahan di kawasan di mana Sungai Gaves de Pau dan Oloron bertemu.

“Kami semakin biasa dengan perkara ini sekarang,” kata pesara yang keletihan bernama Christian kepada AFP.

“Kami meletakkan segalanya di tingkat atas, dan mengeluark­an segalanya dari garaj,” katanya.

Namun paras air semakin turun perlahan-lahan di kawasan itu, kata komander pasukan penyelamat tempatan Olivier Loustau kepada AFP, dan operasi pembersiha­n bermula semalam.

Pergununga­n Alp, di mana jabatan cuaca telah memberi amaran tentang risiko salji runtuh yang semakin tinggi, terdahulu diturun taraf daripada tahap amaran oren, sama seperti hulu Corsica di mana ribut bertiup selaju 150 kilometer sejam. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERTUGAS: Seorang anggota bomba memeriksa keadaan banjir di sebuah kawasan kejiranan susulan hujan lebat di Peyrehorad­e, barat daya Perancis kelmarin.
— Gambar AFP BERTUGAS: Seorang anggota bomba memeriksa keadaan banjir di sebuah kawasan kejiranan susulan hujan lebat di Peyrehorad­e, barat daya Perancis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia