Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha mendapatka­n mayat mangsa di New Zealand gagal

-

WELLINGTON: Pasukan pencari kembali semula ke gunung berapi White Island di New Zealand semalam namun tiada petanda bagi dua mayat yang masih belum diketahui keadaannya selepas letusan pada minggu lepas, ketika pihak polis membebaska­n nama-nama bagi empat orang mangsa lagi.

Daripada 47 orang di pulau tersebut, satu tarikan pelancong terkenal di mana letupan telah berlaku, angka kematian masih lagi seramai 17 orang termasuk pasangan yang hilang.

Ia sekarang mempercaya­i dua orang tersebut mungkin berada di laut, walaupun penyelam mencari di perairan yang tercemar di sekitar pulau kelmarin gagal untuk mengesan satu mayat dilihat terapung di kawasan beberapa hari lepas.

“Pasukan penyelamat berasa kecewa.

“Kami memahami sepenuhnya betapa kecewanya bagi orang tersayang yang ingin mendapatka­n semula mayat,” timbalan pesuruhjay­a polis Mike Clement menyatakan ketika pasukan pencari darat terdiri dari lapan anggota polis pulang ke tanah besar.

Beliau menyatakan terdapat setiap peluang bahawa kedua-dua mayat telah berada di dalam air namun penyelam berpuas hati bahawa kawasan di mana kami melakukan pencarian berhampira­n jeti adalah bebas tanpa mayat.

Terdapat 27 mangsa terselamat di hospital New Zealand dan Australia, di mana 20 berjuang bagi nyawa mereka selepas letusan di pulau terbiar, yang merupakan gunung berapi paling aktif di negara ini.

Semalam pihak polis mengenal pasti secara rasmi empat mangsa, termasuk pemandu pelancong dari New Zealand Tipene James Te Rangi Ataahua Maangi, 24.

Tiga lagi semuanya rakyat Australia adalah Zoe Ella Hosking, 15, dan ayah tiri Gavin Brian Dallow, 53, termasuk Anthony James Langford, 51.

Clement menyatakan walaupun pencarian tanah dan laut telah setakat ini tidak berjaya dalam menemui saki-baki mayat, pihak polis tidak akan berputus harapan.

“Akan tiba satu masa ketika kami telah melakukan segala-gala yang termampu, ketika kami telah melakukan segala yang sewajarnya namun kami tidak sampai ke sana lagi, kami tidak akan menyerah dengan mudah,” menurut beliau.

Saintis mengawasi White Island menyatakan tiada aktiviti ketara selanjutny­a sejak letusan pada Isnin lepas namun risikonya masih kekal.

“Satu kilauan kelihatan dari kawasan jalan keluar semalaman yang mengesahka­n terdapat satu aliran haba yang tinggi kelihatan,” menurut Geoff Kilgour, pakar kajian gunung berapi dengan GNS Science, yang mengawasi aktiviti seismik dan gunung berapi di New Zealand.

Perkara ini telah disahkan semalams usulan pengawasan dari udara yang menyatakan sebuah kawah aktif telah mengeluark­an gas gunung berapi pada kadar tinggi dan suhu amat tinggi di atas darjah 200 Celsius (392F).

Bencana tersebut telah menimbulka­n persoalan mengenai kenapa pelancong dibenarkan berada di gunung berapi itu di mana pakar-pakar telah menaikkan paras ancaman baru-baru ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia