Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat Qantas berpatah balik gara-gara isu hidraulik

-

SYDNEY: Para penumpang di dalam sebuah pesawat Qantas Airways Ltd telah mengosongk­an pesawat mereka dengan menggunaka­n gelongsor kecemasan di lapangan terbang Sydney di Australia semalam selepas pesawat itu terpaksa berpatah balik.

Dalam satu kenyataan, Qantas menyatakan pesawat QF575 ke Perth kembali ke Sydney sejurus selepas berlepas disebabkan isu hidraulik.

“Sebaik sahaja kembali ke pagar, kapten telah membuat keputusan untuk mengosongk­an pesawat sebagai langkah berjaga-jaga dan tiga gelongsor kecemasan telah digunakan,” menurut kenyataan tersebut.

Qantas menyatakan para jurutera telah memeriksa pesawat Airbus A330-200 itu yang boleh membawa sehingga 271 penumpang.

Pihak Australian Broadcasti­ng Corporatio­n (ABC) melaporkan bahawa pesawat itu tersekat pada batu tar selepas mendarat dan asap mula memenuhi bahagian kabin.

“Kami berada di atas laluan menunggu untuk ditunda masuk dan kami mula terhidu bau hangus,” ABC memetik seorang penumpang Dillon Parker sebagai berkata.

Jurucakap Qantas memberitah­u wartawan di lapangan terbang Sydney bahawa ia adalah pemahamann­ya bahawa terdapat kabus di dalam kabin.

“Saya fikir mungkin sebahagian dari cecair hidraulik telah dipam masuk oleh sistem pendingin hawa, saya masih belum mendengar sebarang petanda bagi asap,” menurut jurucakap dalam satu sidang media disiarkan di televisyen.

“Ia mungkin telah kelihatan seperti asap namun ia adalah kabus dari sistem hidraulik.”

Seorang penumpang, Ally Kemp, menyatakan dalam Twitter bahawa pengalaman itu menakutkan.

“Terpaksa keluar dari pesawat saya ke Perth akibat isu kejurutera­an.

“Semua orang perlu keluar dari pesawat melalui gelongsor di atas jalan tar Sydney selepas kabin dipenuhi dengan asap dan kapten mengarahka­n pengosonga­n,” menurut beliau dalam Twitter. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia