Utusan Borneo (Sarawak)

Jaket ‘Grease’ dipulangka­n kepada Olivia Newton-John selepas dilelong

-

PEMBELI jaket ‘Grease’ kulit binatang yang terkenal milik Olivia Newton-John sudah memulangka­nnya kepada penyanyi itu dan menderma wang sebanyak AS$243,000 yang dia belanja kepada pusat rawatan kansernya di Australia.

“Ia tidak sepatutnya disimpan dalam almari bilionair untuk hak bercakap besar dalam kelab desa,” kata pembeli yang enggan dikenali itu kepada Newton-John, menurut video bagi perbualan tersebut yang disediakan oleh Julien’s Auctions.

“Kebarangka­lian menewaskan kanser yang berlaku semula dengan menggunaka­n terapi terbaharu yang muncul adalah 1,000 kali lebih tinggi berbanding seseorang yang muncul entah dari mana, membeli ikon anda yang paling dihargai dan terkenal, dan mengembali­kannya kepada anda,” kata pembeli itu kepada aktres tersebut ketika dia menyampaik­annya dengan jaket itu di satu pertemuan di California pada hujung minggu lepas.

Jaket itu dan seluar panjang hitam ketat yang dipakai oleh Newton-John untuk lagu duetnya ‘You’re the One That I Want’ bersama John Travolta di dalam filem tahun 1978 itu dijual kepada pembeli berasingan di satu lelongan di Beverly Hills pada bulan lepas, dengan harga yang lebih dua kali ganda harga yang dijangkaka­n.

Ia merupakan antara kira-kira 500 barangan dari koleksi NewtonJohn yang sedang dijual untuk memanfaat Olivia Newton-John Cancer and Wellness Center di Melbourne, yang ditubuhkan bersama oleh penyanyi itu selepas dia pertama kali mengalami kanser payu dara pada 1992.

Penghibur kelahiran Britain dan dibesarkan di Australia berusia 71 tahun itu berkata pada awal tahun ini bahawa dia sedang bertarung dengan kanser payu dara buat kali ketiga.

Pembeli jaket berkenaan menganggap dirinya sebagai ‘peminat No. 1’ penyanyi itu dan mendoakan Newton-John “dipulihkan dengan cepat oleh Tuhan”.

Penyanyi itu berkata dia akan mempamerka­n jaket itu di pusat kanser di Melbourne itu.

“Ia merupakan perkara yang amat luar biasa murah hati untuk dibuat bagi saya,” katanya kepadanya. “Saya begitu bersyukur sekali, dan saya teruja sekali.” — Reuters

 ??  ?? OLIVIA NEWTONJOHN
OLIVIA NEWTONJOHN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia