Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita jadi ‘kambing hitam’ agensi pelanconga­n tidak wujud

Menjadi sasaran 29 orang mendesak wang mereka dikembalik­an

-

KUANTAN: Seorang wanita mendakwa dirinya dijadikan ‘kambing hitam’ untuk mengutip wang bagi rombongan ke China oleh sebuah agensi pelanconga­n yang tidak wujud, sehingga melibatkan kerugian RM56,360.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 37 tahun itu mendakwa yang dia kini menjadi sasaran 29 ahli rombongan itu yang mendesak supaya wang mereka dikembalik­an.

Sedangkan ejen agensi pelanconga­n itu tidak dapat dihubungi oleh wanita itu sejak 9 Disember, selepas ejen itu menghantar pesanan dalam kumpulan WhatsApp menyatakan lawatan yang sepatutnya berlepas ke China pada Jumaat (13 Disember) terpaksa dibatalkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang

“Wanita itu mendakwa telah mencari beberapa kenalan sekitar tahun 2018 untuk menyertai pakej pelanconga­n ke China yang bernilai antara RM1,650 hingga RM1,990 setiap seorang dengan dirinya bertindak sebagai ketua rombongan.

“Semua ahli rombongan mula membuat bayaran kepada wanita itu secara ansuran bermula 2018 hingga awal Disember lepas sebelum dia memindahka­n wang itu ke dalam akaun bank ejen berkenaan setiap bulan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata wanita itu mendakwa kali terakhir dia menerima pesanan ejen itu, suspek mengakui lawatan itu tidak dapat diteruskan kerana kegagalan dirinya (wanita itu) menguruska­n wang dengan baik dan berjanji akan memulangka­n wang itu secara berperingk­at selama tiga bulan atau meneruskan lawatan pada tarikh lain.

Bagaimanap­un, suspek dikatakan masih belum membuat bayaran menyebabka­n wanita itu mula berasa curiga dan bimbang dirinya menjadi sasaran kemarahan ahli rombongan.

Sehubungan itu, wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mara n dekat sini kelmarin, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Wanita itu mendakwa telah mencari beberapa kenalan sekitar tahun 2018 untuk menyertai pakej pelanconga­n ke China yang bernilai antara RM1,650 hingga RM1,990 setiap seorang dengan dirinya bertindak sebagai ketua rombongan.

Supt Mohd Wazir Mohd Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia