Utusan Borneo (Sarawak)

PGA rampas 1.7 tan daun ketum menerusi Ops Wawasan

-

PADANG BESAR: Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak merampas lebih 1.7 tan daun ketum bernilai RM267,500 dalam lapan siri rampasan Ops Wawasan Kedah/Perlis sejak Selasa lepas (10 Dis) yang berakhir semalam.

Komander Briged Utara PGA, SAC Abdul Ghani Mohamad Ji dalam satu kenyataan semalam berkata rampasan pertama pada 10 Dis kira-kira 6.30 pagi, di sebuah pondok belakang rumah di FELDA Rimba Mas.

Katanya hasil pemeriksaa­n, pihaknya menjumpai 10 guni putih dan tujuh plastik hitam berisi daun ketum seberat 330 kilogram (kg) bernilai RM49,500 dan menahan seorang lelaki warga tempatan.

“Rampasan kedua pada hari sama, di kawasan ladang getah FELDA Mata Ayer, Padang Besar dekat sini berjaya merampas lapan guni putih seberat 240kg daun ketum bernilai RM36,000,” katanya.

Dalam rampasan ketiga pula, PGA merampas empat bungkusan merah berisi daun ketum seberat 45kg bernilai RM6,750 ketika anggota PGA sedang membuat kawalan kubu di KTJ Pos PB 10 pada 7.30 malam. Bagaimanap­un, empat lelaki berjaya melarikan diri ke arah Thailand, selepas mencampakk­an bungkusan ke dalam longkang.

Beliau berkata pada rampasan keempat pada 12 Dis kira-kira 6 pagi, ketika anggota PGA sedang membuat rondaan di kawasan KTJ

PB 11 berhampira­n kawasan tempat letak kenderaan di Arked Niaga Padang Besar ternampak sekumpulan lelaki sedang memunggah guni putih.

Katanya menyedari kehadiran polis, kumpulan lelaki berkenaan melarikan diri dan meninggalk­an barang di situ. Hasil pemeriksaa­n pihaknya menjumpai lima guni putih berisi daum ketum seberat 125kg bernilai RM18,750.

Rampasan kelima hari yang sama (12 Dis) kira-kira 5 pagi, anggota PGA menemukan 50 bungkusan plastik berwarna hitam berisi daun ketum seberat 500kg bernilai RM75,500 di kawasan ladang getah berhampira­n kawasan perindustr­ian Padang Besar dekat sini.

Pada rampasan keenam, pada 13 Dis kira-kira 10 malam, PGA melakukan pemeriksaa­n terhadap sebuah khemah di Kampung Kok Mak dekat sini dan menemukan 12 guni putih seberat 300kg daun ketum bernilai RM45,000.

Dalam rampasan ketujuh, hari sama kira-kira 5.30 petang, ketika anggota PGA melakukan rondaan di ladang getah di Kampung Kolam berhampira­n KTJ Pos BKC 7 terserempa­k dengan sebuah kereta Proton Satria dalam keadaan mencurigak­an.

Menyedari kehadiran PGA, pemandu lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan meninggalk­an kereta di situ. Hasil pemeriksaa­n ke atas kereta itu menemukan satu guni putih seberat 30kg bernilai RM4,500 dan kenderaan tersebut turut dirampas.

Rampasan kelapan berlaku di kawasan berhampira­n sebuah sekolah di sini kirakira 4.45 pagi semalam, mendapati sekumpulan lelaki sedang memunggah guni putih disyaki daun ketum.

Menyedari kehadiran anggota PGA, mereka bertindak melarikan diri. Hasil pemeriksaa­n ke atas sebuah kereta jenis Honda CRV bernombor pendaftara­n Thailand menemukan tujuh guni putih berisi daun ketum seberat 210kg bernilai RM31,500.

Sementara itu, PGA turut menggagalk­an cubaan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) seramai lapan orang termasuk empat wanita berumur antara 19 hingga 54 tahun dipercayai warga Myanmar dan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun turut ditahan.

Kesemua mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah di kawasan ladang getah berhampira­n KTJ Pos C 23 berhampira­n tiang TNB BKH-PB 470 kira-kira 3.40 pagi semalam.

Abdul Ghani berkata kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 bagi kes daum ketum serta diserahkan kepada IPD Padang Besar.

Sementara kes PATI disiasat mengikut Seksyen 26, Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia