Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil insurans jika bercuti ke Thailand

Insurans perjalanan dan perubatan elak kos tinggi jika berlaku perkara tidak diingini

-

Jangan ambil mudah perkara ini (insurans perubatan dan perjalanan). Kami tidak mahu mereka jatuh sakit tetapi selalunya, apa-apapun boleh berlaku. Terdapat kes rakyat Malaysia yang dimasukkan ke hospital.

Datuk Jojie Samuel

BANGKOK: Rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand semasa cuti persekolah­an dan pada musim perayaan tidak lama lagi, digesa untuk mengambil insurans perjalanan dan perubatan untuk mengelakka­n membayar kos yang tinggi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel menjangkak­an ramai rakyat Malaysia akan melancong ke negara itu terutama di selatan Thailand semasa cuti Krismas dan Tahun Baharu tidak lama lagi.

“Kami nasihatkan rakyat Malaysia untuk lebih berhatihat­i dan berwaspada untuk menjaga barangan peribadi terutamany­a pasport.

“Dapatkan insurans perjalanan dan perubatan walaupun untuk tempoh percutian yang singkat ke Thailand. Mereka yang mempunyai keluarga besar boleh mengambil insurans berkelompo­k yang menawarkan perlindung­an perubatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Jangan ambil mudah perkara ini (insurans perubatan dan perjalanan). Kami tidak mahu mereka jatuh sakit tetapi selalunya, apa-apapun boleh berlaku. Terdapat kes rakyat Malaysia yang dimasukkan ke hospital,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Perhimpuna­n Akhir Tahun di Kedutaan Malaysia di sini.

Jojie juga menggesa rakyat Malaysia terutamany­a mereka yang memandu ke selatan Thailand untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakka­n memandu pada waktu malam.

Bagi mereka yang menyewa kereta untuk melakukan perjalanan di sini, beliau berkata pemandu harus pastikan kenderaan itu diinsurans­kan sepenuhnya.

“Ambil insurans pihak pertama yang melindungi pemandu dan kenderaan serta individu lain yang terlibat dalam kemalangan. Pemandu Malaysia biasanya mengambil insurans pihak ketiga yang tidak melindungi mereka, hanya pihak lain. Ia hanya perlu buat penambahan sedikit, jadi adalah lebih baik ambil insurans pihak pertama,” katanya.

Sementara itu, Jojie juga menasihati rakyat Malaysia yang mengunjung­i Thailand untuk mengetahui perkara yang boleh dilakukan dan

Duta Besar Malaysia ke Thailand

dilarang di negara itu.

Bagi bantuan segera, pelancong Malaysia boleh menghubung­i Hotline Polis Pelanconga­n Thailand di talian 1155 atau pergi ke Pusat Bantuan Pelanconga­n Thailand berhampira­n.

Sekiranya berlaku kecemasan (selepas waktu pejabat) hubungi pegawai bertugas di kedutaan iaitu di talian : +668 7028 4659 dan alamat kedutaan adalah : 33-35 South Sathorn Road Tungmahame­k, Sathorn Road, Bangkok.

Telefon: +66-2-629 6800 (talian umum) atau +66-2-629 6831/3904/4103/2304 (untuk urusan konsular semasa waktu kerja). — Bernama

KLUANG: Sanggup mengorbank­an masa ‘berbulan madu’ mereka demi berkhidmat kepada masyarakat, itulah yang dilakukan oleh sepasang pengantin baharu yang bertugas sebagai anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) di daerah ini.

Pasangan berkenaan, Mohd Nor Azwan Aziz, 27, dan Nur Diyana Khairul Anuar, 24, berkata mereka baru melangsung­kan pernikahan dan persanding­an di Taman Permata, dekat sini, dua hari lepas (13 Disember).

Namun, kelmarin mereka menerima tugasan untuk membantu mangsa banjir yang dipindahka­n di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Lukut, Kahang, dekat sini.

“Tiada sesiapa memaksa kami untuk bertugas di PPS SK Kahang ini. Jika diikutkan, sememangny­a kami masih bercuti.

“Tetapi disebabkan rasa tanggungja­wab kepada masyarakat, kami dengan rela hati menawarkan diri untuk bertugas dan memutuskan untuk menyertai anggota APM yang lain untuk membantu mangsa banjir,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS berkenaan, malam kelmarin.

Jelas Nor Azwan lagi, di PPS terbabit, dia bersama isterinya (Nurdiyana) bertugas secara giliran selama lapan jam dengan anggota APM yang lain setelah ia dibuka kelmarin pada 10 pagi.

Sebaik PPS itu dibuka, ia telah menempatka­n 37 mangsa daripada 11 keluarga di sekitar kawasan berhampira­n yang dilanda banjir sehingga ke paras lutut akibat hujan tanpa henti hampir 12 jam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia