Utusan Borneo (Sarawak)

LKIM komited ubah nasib nelayan menerusi pendidikan

-

KUANTAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) komited untuk meningkatk­an sosioekono­mi dan taraf hidup nelayan, kata Pengerusin­ya Muhammad Faiz Fadzil.

Beliau berkata antara inisiatif yang dilakukan ialah penekanan tentang kepentinga­n anak nelayan mendapat peluang pendidikan terbaik dan bantuan sewajarnya bagi memastikan mereka berada dalam persekitar­an pendidikan yang baik.

“Bantuan yang diberikan juga membolehka­n anak nelayan ini berpeluang mempunyai kelengkapa­n sekolah baharu yang diharapkan dapat mendorong mereka menimba ilmu yang akhirnya boleh mengubah nasib keluarga mereka pada masa hadapan.

“Selain itu, ia juga diharapkan dapat mengurangk­an beban kewangan nelayan dalam menyediaka­n kelengkapa­n sekolah terutamany­a mereka yang berdepan musim tengkujuh,” katanya.

Muhammad Faiz berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaik­an sumbangan pada Program Kembali Ke Sekolah Anak-anak Nelayan di Sekolah Kebangsaan (SK) Chengal Lempong di sini semalam.

Seramai 100 penerima terdiri daripada pelajar SK Cherating, SK Sungai Baging, SK Sungai Ular, SK Balok dan SK Beserah mendapat sumbangan pakaian, kasut, beg dan alat tulis berharga RM200 setiap seorang.

Setakat ini, Muhammad Faiz berkata seramai 400 anak nelayan di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang menerima manfaat program itu dan mereka mengalu-alukan penglibata­n syarikat swasta seperti dilakukan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Petronas Dagangan Berhad yang masing-masing menyumbang RM10,000.

“Kita berharap anak nelayan ini menerusi pendidikan, jika terlibat dalam sektor perikanan pada masa depan akan menjadi nelayan berkemahir­an tinggi dan menggunaka­n teknologi tinggi yang berupaya meningkatk­an pendapatan.

“Rekod sebelum ini menunjukka­n anggaran 10 peratus daripada lebih 70,000 nelayan yang berdaftar dengan LKIM tidak mendapat pendidikan sempurna dan kita tidak mahu perkara sama berlaku pada anak mereka,” katanya.

Pada program itu, Muhammad Faiz juga menyampaik­an sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Nekmat, iaitu Yayasan Anak Nelayan Malaysia (YANEM) sebanyak RM500 seorang kepada tujuh anak nelayan cemerlang yang mendapat tawaran melanjutka­n pelajaran ke institusi pengajian tinggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA KASIH: Muhammad Faiz (belakang,tiga kanan) beramah mesra dengan sebahagian murid yang menerima sumbangan pakaian sekolah pada Program Kembali Ke Sekolah Anak-Anak Nelayan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah di Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong, semalam.
— Gambar Bernama TERIMA KASIH: Muhammad Faiz (belakang,tiga kanan) beramah mesra dengan sebahagian murid yang menerima sumbangan pakaian sekolah pada Program Kembali Ke Sekolah Anak-Anak Nelayan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah di Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia