Utusan Borneo (Sarawak)

KADA dalam proses mengumpul maklumat kerosakan akibat banjir

-

PASIR MAS: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dalam proses mengumpul data kerosakan yang ditanggung oleh petani di bawah seliaan pihaknya akibat banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini.

Pengerusin­ya, Datuk Husam Musa berkata ketika ini pihaknya masih mengumpul maklumat berhubung kerosakan yang dihadapi oleh petani setelah banjir reda di negeri ini.

“Kami menjangkak­an tiada kerosakan yang teruk berikutan banjir di Kelantan selepas petani melakukan penuaian terutamany­a padi.

“Di Pasir Puteh kami mendapat maklumat berkaitan kerosakan ubi keledek (ubi Vitato) akibat banjir dan di kawasan lain dalam proses penilaian serta mengumpul maklumat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Foodbank YaPEIM di Dewan Pejabat KADA Pasir Mas di sini, semalam.

Baru-baruini,Kelantanme­ngalami banjir gelombang pertamadan­dijangkaba­njirgelomb­ang kedua di negeri ini berlaku pada akhir Disember ini.

Husam berkata pihaknya juga akan menyenarai­kan nama petani yang terjejas akibat banjir lepas untuk dibawa kepada Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas tani bagi tindakan selanjutny­a.

Berhubung kerosakan tanaman ubi keledek yang ditanggung oleh petani di Pasir Puteh, beliau berkata pihaknya akan melakukan kajian faktor kerosakan itu.

“Kami akan buat kajian berikutan air bertakung di kawasan itu sebelum apa-apa tindakan dilakukan dan kami juga menasihatk­an petani mengelak menanam ubi keledek pada musim tengkujuh kerana jenis ubi terbabit sensitif kepada hujan yang lebat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMAL: Datuk Husam (tengah belakang) bergambar bersama sebahagian penerima makanan Food Bank pada Program Food Bank Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Dengan Kerjasama KADA Jajahan Pasir Mas di Dewan Terbuka Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat semalam.
— Gambar Bernama AMAL: Datuk Husam (tengah belakang) bergambar bersama sebahagian penerima makanan Food Bank pada Program Food Bank Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Dengan Kerjasama KADA Jajahan Pasir Mas di Dewan Terbuka Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia