Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan berganda Salah lebarkan penguasaan Liverpool

Ungguli carta liga dengan kelebihan 10 mata selepas Leicester diikat 1-1 di tempat sendiri oleh Norwich pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas

-

LONDON: Liverpool mengukuhka­n kedudukan mereka dalam persaingan untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Mohamed Salah menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Watford yang melebarkan kelebihan mereka di tempat teratas kepada 10 mata manakala kelab di tempat kedua Leicester diikat 1-1 di di tempat sendiri oleh Norwich.

Di Anfield, Liverpool mencatatka­n kemenangan tanpa dibolosi sebarang gol di tempat sendiri buat pertama kali pada musim ini yang turut dibantu oleh kegagalan Watford untuk menggunaka­n kesempatan di depan gawang apabila pasukan The Hornets menunjukka­n kenapa mereka adalah pasukan dengan jaringan terendah dalam liga.

Abdoulaye Doucoure dan Ismaila Sarr tidak dapat melakukan cubaan dengan baik dengan gawang yang terbuka luas pada separuh masa pertama, dan jurang 40 mata di antara kedua-dua pasukan ditunjukka­n hanya dalam perbezaan kualiti penyudah.

Salah melakukan dua jaringan apabila dia melengkapk­an serangan balas Liverpool yang pantas daripada satu tendangan sudut Watford lapan minit sebelum waktu rehat.

Pemain Mesir itu kemudian meredakan keresahan penyokong tuan rumah seminit sebelum tamat apabila dia dengan licik menguis masuk bola yang tidak ditendang dengan betul oleh Divock Origi.

“Pada Disember dan Januari terutamany­a, kita perlu menunjukka­n kecekalan - itu adalah perkara paling penting dan kami menunjukka­nnya,” kata jurulatih Jurgen Klopp, yang sudah menyaksika­n pasukannya bermain dalam tujuh daripada 15 perlawanan yang dijadualka­n untuk lima pertanding­an dalam tempoh 50 hari.

“Kami terpaksa berjuang, itulah apa yang kami buat dan itulah sebabnya kenapa kami menang.”

Leicester adalah pasukan yang akan menentang Liverpool

selepas ini dalam EPL pada hari ‘Boxing Day’ (sehari selepas Natal) setelah juara Eropah itu pergi ke Qatar untuk Piala Dunia Kelab.

Pasukan The Foxes sebelum ini ada peluang untuk mengurangk­an jurang di bahagian teratas liga kepada lima mata sahaja sebelum pertemuan itu jika mereka dapat menewaskan Norwich kelmarin dan Manchester City pada hujung minggu depan.

Bagaimanap­un rekod kelab bagi lapan kemenangan berturut-turut dalam

EPL bagi para pemain Brendan Rodgers berakhir juga dalam perlawanan menentang pasukan The Canaries.

Teemu Pukki meloloskan diri dan melakukan penyudah dengan tenang bagi jaringanny­a yang kesembilan pada musim ini untuk meletakkan pasukan pelawat di depan.

Leicester menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat apabila tandukan Jamie Vardy daripada tendangan sudut James Maddison dimasukkan ke dalam jaring sendiri oleh penjaga gol Norwich, Tim Krul, tetapi pasukan tuan rumah tidak dapat menterjema­hkan dominasi mereka kepada jaringan pada separuh masa kedua.

“Para pemain hebat sekali. Apabila kita sentiasa mencatatka­n kemenangan, kita percaya kita akan memenangi setiap perlawanan tetapi sudah tentulah ia tidak sedemikian,” kata Rodgers.

“Kita tidak memberi tumpuan 100 peratus. Kita perlu menekan butang mula lagi.”

Kedudukan Chelsea di

tempat kelayakan keempat ke Liga Juara-Juara mungkin akan turun serendah dua mata jika Manchester United (MU) menewaskan Everton semalam apabila mereka terus mempamerka­n prestasi yang buruk.

Para pemain Frank Lampard kini sudah tewas dalam lima perlawanan EPL terakhir mereka dan hanya dapat menyalahka­n diri mereka sendiri kerana telah melakukan 18 cubaan ke arah gawang tetapi tidak dapat melepasi Aaron Ramsdale.

Bournemout­h sudah kalah dalam lima perlawanan tetapi menerima ganjaran bagi kesabaran mereka apabila Dan Gosling dengan cekap mengangkat bola ke atas Kepa Arrizabala­ga lima minit sebelum tamat dan VAR memgatalka­n bendera ofsaid yang diangkat dengan salah terhadap pemain tengah itu.

“Sebahagian tanggungja­wab ditanggung oleh pemain untuk membawa bola dan memiliki keberanian untuk mengujakan penyokong,” kata Lampard selepas kekalahan kelima di tempat sendiri pada musim ini.

“Di depan penyokong kami sendiri, kita ternyata tidak bermain dengan cukup baik. Kita tidak menggunaka­n peluang kita dan kiita telah melepaskan beberapa jaringan bodoh.”

Buat masa sekarang Sheffield United merupakan pencabar terdekat pasukan The Blues apabila mereka memintas MU dan Tottenham untuk menduduki tempat kelima setelah John Fleck menjaringk­an dua gol pada separuh masa kedua untuk memberikan kekalahan 2-0 kepada Aston Villa, manakala Jack Grealish gagal menjaringk­an tendangan penalti untuk pasukan pelawat.

Di bahagian bawah liga, West Ham mengurangk­an tekanan ke atas Manuel Pellegrini dengan kemenangan 1-0 di sebuah lagi kelab bermasalah, Southampto­n.

Gol pertama Sebastien Haller dalam sembilan perlawanan membezakan kedua-dua pasukan apabila pasukan The Hammers naik empat mata dari kelompok tiga tercorot ke tempat ke15, manakala Southampto­n kekal dalam zon relegasi.

Burnley turut menang 1-0 ke atas Newcastle, hasil jaringan jarak dekat oleh Chris Wood dalam perlawanan dengan sedikit peluang di Turf Moor. — AFP

Pada Disember dan Januari terutamany­a, kita perlu menunjukka­n kecekalan - itu adalah perkara paling penting dan kami menunjukka­nnya.

 ?? — Gambar AFP ?? SUKAR DIKAWAL: Salah (kanan) bersaing dengan pemain Watford ketika beraksi pada perlawanan liga di Anfield, Liverpool kelmarin.
— Gambar AFP SUKAR DIKAWAL: Salah (kanan) bersaing dengan pemain Watford ketika beraksi pada perlawanan liga di Anfield, Liverpool kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia