Utusan Borneo (Sarawak)

Penampilan sulung Gattuso sebagai jurulatih Napoli berakhir dengan kekalahan

-

MILAN: Penampilan sulung Gennaro Gattuso sebagai jurulatih Napoli berakhir dengan kekalahan 2-1 dalam masa kecederaan kepada Parma kelmarin apabila naib juara Serie A pada musim lepas melanjutka­n siri tanpa kemenangan mereka kepada lapan perlawanan liga.

Gattusomen­gambilalih­tugas selepas Carlo Ancelotti dipecat walaupun Napoli menang 4-0 dalam Liga Juara-Juara ke atas Genk untuk menempah tempat mereka pada peringkat 16 terakhir pada pertengaha­n minggu.

Namun tugasan bekas jurulatih AC Milan itu bermula dengan buruk sekali apabila kelab selatan itu jatuh ke tempat kelapan - 17 mata di belakang pendahulu Inter Milan yang menentang Fiorentina semalam.

Gervinho menjaringk­an gol kemenangan pada minit ketiga dalam masa kecederaan selepas Dejan Kulusevski meletakkan Parma di depan selepas hanya empat minit sahaja di Naples.

Arkadiusz Milik menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-64 perlawanan yang ditangguh sebelum itu selepas ribut kuat merosakkan bumbung Stadium San Paolo.

“Pasukan terseksa dari segi psikologi,” kata Gattuso, “mengambil kira hakikat bahawa ia belum menang (dalam liga) selama 50 hari atau lebih.

“Cermin bagi situasi semasa adalah 10 minit pertama. Ia adalah sukar, sama seperti siulan penyokong. Banyak usaha perlu dibuat.”

Kulusevski­menjaringk­angol awalapabil­apemainper­tahanan Kalidou Koulibaly tidak dapat mengawal bola beberapa minit selepas perlawanan bermula.

Pemain pertahanan Senegal itu meninggalk­an padang kerana cedera paha selepas kesilapann­ya itu, dan Parma turut kehilangan penyerang Andreas Cornelius apabila dia mengalami kecederaan selepas 15 minit.

Kapten Napoli Lorenzo Insigne melepaskan peluang untuk menembusi benteng pertahanan, termasuk melakukan cubaan yang tersasar walaupun hanya perlu menewaskan penjaga gol Parma, Luigi Sepe, sahaja.

Gattuso memasukkan Dries Mertens selepas sejam dan pemain Belgium itu menghantar bola kepada Milik untuk ditanduk masuk melepasi Sepe. Milik, penyerang Poland, sebelum ini menjaringk­an hatrik dalam perlawanan menenyang Genk.

Gervinho menimbulka­n ancaman apabila dia meluru ke bahagian atas padang dan melepasi barisan pertahanan Napoli sebelum Alex Meret menggagalk­an cubaannya dengan kakinya.

Pemain Ivory Coast itu akhirnya berjaya menembusi benteng tiga minit selepasn masa tambahan, dengan melakukan jaringan selepas satu serangan balas bersama Kulusevski.

“Insigne? Dia bukan masalahnya, bukan dia sahaja yang bermain dengan teruk,” kata Gattuso setelah Napoli duduk lapan mata di bawah tempat Liga Juara-Juara dengan kemenangan terakhir mereka ke atas Verona pada 19 Oktober.

Gattuso gagal layak ke Liga Juara-Juara bersama AC Milan pada musim lepas.

Namun bekas pemenang Piala Dunia bersama Itali itu, mengakui situasi Napoli berbeza kerana ia berlaku berlatarbe­lakangkan kejayaan pada masa lalu.

“Milan merupakan sebuah pasukan yang menghadapi masalah, dan sedang keluar daripada empat atau lima tahun bermasalah,” kata Gattuso.

“Di sini, segalanya yang sedang berlaku adalah sesuatu yang baharu.

“Sejak beberapa tahun lepas, 80 peratus daripada para pemain ini sentiasa menduduki tempat kedua atau ketiga dan tidak biasa tidak menang dalam liga selama 50 hari.

“Mereka mendapati diri berurusan dengan situasi yang mereka tidak pernah alami, dan mereka sedang mengalami kesannya.”

Napoli bertandang ke Sassuolo pada 22 Disember untuk perlawanan terakhir mereka sebelum cuti rehat musim salji.

“Tempat keempat? Lebih daripada memikirkan perkara itu sekarang, kita perlu berusaha untuk memperbaik­i diri dan berfikirda­riperlawan­ankeperlaw­anan,” tambah Gattuso.

Jurulatih Parma Roberto D’Aversa percaya mereka dan pasukan di tempat keempat Cagliari sedang membuktika­n mereka dapat menandingi pasukan terkemuka.

“Datang ke sini dan memenangi tiga mata adalah tidak mudah,” katanya, ketika Parma di tempat ketujuh menyasari kepulangan ke Eropah buat pertama kali sejak 2007.

Parma layak ke Liga Europa pada musim 2014-15 tetapi hilang tempat mereka di tengah-tengah pertikaian mengenai pembayaran cukai pendapatan.

Pemaingant­ianManoloG­abbiadini menjaringk­an gol lima minit sebelum tamat selepas menerimabo­lahantaran­lintang Karol Linetty untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada Sampdoroa dalam satu pertarunga­n relegasi menentang musuh tetangga Genoa.

Pasukan Claudio Ranieri berada dua mata di atas zon jatuh di depan Brescia yang menewaskan Lecce 3-0.

Sampdoria menerima kunjungan juara Juventus pada Rabu ini, pasukan yang pernah dibimbing oleh Ranieri selama dua musim.

Genoa menduduki tempat kedua tercorot dalam liga, empat mata dari zon selamat. — AFP

 ??  ?? GATTUSO
GATTUSO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia