Utusan Borneo (Sarawak)

Real Sociedad ikat Barca 2-2

-

MADRID: Barcelona memberi peluang kepada Real Madrid untuk menduduki tempat teratas La Liga menjelang perlawanan Clasico pada Rabu ini di Camp Nou apabila mereka diikat 2-2 oleh Real Sociedad kelmarin.

Kesilapan oleh penjaga gol Barca yang biasanya cemerlang Marc-Andre ter Stegen menghadiah­kan gol penyamaan bagi pasukan tuan rumah dalam perlawanan yang rancak di Anoeta di antara dua pasukan paling suka menyerang dalam divisyen itu.

Antoine Griezmann dan Luis Suarez kelihatan seperti sudah mengubah hala tuju perlawanan selepas Mikel Oyarzabal menjaringk­an tendangan penalti awal tetapi Real Sociedad mengutp satu mata sewajarnya apavila Ter Stegen menolak bola ke laluan Alexander Isak.

Madrid akan mendahului dengan kelebihan dua mata di tempat teratas liga jika mereka menang di tempat lawan di Valencia semalam, yang mungkin terbukti satu dorongan psikologi yang signifikan menjelang pertemuan mereka yang penting dengan Barcelona pada pertengaha­n minggu depan.

“Perlawanan pada Rabu adalah berbeza,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde. “Perlawanan itu ada makna yang istimewa tetapi terdapat beberapa perkara yang kita perlu perbaiki.”

Atletico Madrid ada kerja untuk dibuat untuk menyertai semula pemburuan kejuaraan tetapi mereka mengambil kesempatan ke atas kesilapan Barca beberapa jam kemudian dengan menewaskan Osasuna 2-0.

Sementara itu Real Sociedad merapatkan jurang kepada tiga mata dengan Sevilla di tempat ketiga dan menunjukka­n kenapa ramai yang memilih mereka sebagai pencabar yang tulen untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim ini.

Barca mungkin mengintai perlawanan seterusnya dengan sebelah mata, khususnya selepas kebimbanga­n baharu mengenai ketegangan yang menyelubun­gi perlawanan Clasico, yang terpaksa ditunda pada Oktober lalu kerana protes kemerdekaa­n Catalan.

Dua tuntutan penalti turut memihak kepada Real Sociedad apabila mereka diberi tendangan penalti kerana Sergio Busquets menarik baju dan terlepas daripada dikenakan tendangan penalti selepas Gerard Pique terjatuh di tiang belakang pada hujung perlawanan.

“Jika anda meletakkan bar begitu rendah untuk penalti pertama, anda perlu memebrikan penalti lain,” kata Busquets.

“Kekasaran ke atas Pique adalah jelas. Saya rasa pengadil melihatnya tetapi dia tidak mahu meniup wisel.”

Namun Real Sociedad mempamerka­n nilai yang amat baik untuk mata mereka, dengan Martin Odegaard, pemain tengah Norway yang dipinjamka­n dari Real Madrid, yang mempamerka­n permainan hebat untuk membantu usaha kelab induknya untuk memenangi kejuaraan.

“Memandangk­an dia sekarang bermain dengan kerap, anda dapat melihat kehebatann­ya sebagai seorang pemain,” kata Valverde.

Barcelona bertahan bagi kebanyakan waktu pada separuh masa pertama apabila pasukan lawan menggerakk­an bola dengan cepat, dengan Odegaard sebagai perancang.

Odegaard menyukarka­n keadaan untuk Busquets dan Barca terlalu kerap dibuka pada bahagian tengah. Pada satu ketika, Nacho Monreal sepatutnya melakukan rembatan tetapi memilih untuk melakukan hantaran lintang, yang memaksa Pique untuk mengeluark­an bola pada saat akhir.

Bagaimanap­un gol pasukan tuan rumah tiba daripada tendangan sudut di mana Busquets kelihatan menarik jersi Diego Llorente.

Kesalahan itu nampak kecil tetapi pengadil Javier Alberola dapat melihat dengan jelas. Oyarzabal tidak membuat sebarang kesilapan dari petak penalti. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KECEWA: Reaksi Busquets (kiri) dan Pique selepas Isak ( tedak kelihatan) menjaringk­an gol penyamaan pada perlawanan La Liga di Stadium Anoeta, San Sebastian kelmarin.
— Gambar Reuters KECEWA: Reaksi Busquets (kiri) dan Pique selepas Isak ( tedak kelihatan) menjaringk­an gol penyamaan pada perlawanan La Liga di Stadium Anoeta, San Sebastian kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia