Utusan Borneo (Sarawak)

Marseille diikat Metz 1-1, Mandanda cedera buku lali

-

PARIS: Marseille (OM) kehilangan penjaga gol dan kapten Steve Mandanda yang mengalami kecederaan buku lali apabila siri kemenangan mereka dalam enam perlawanan berturut-turut dalam Ligue 1 berakhir kelmarin ekoran keputusan seri 1-1 di kelab bermasalah Metz. Mandanda, pemain antarabang­sa Perancis, dikeluarka­n pada minit ke-32 dan digantikan dengan Yohann Pele, yang melepaskan gol pembukaan di Stade SaintSymph­orien apabila Opa Nguette menjaringk­an gol sejurus sebelum waktu rehat.

Pele, 37 tahun, mempamerka­n aksi yang hebat untuk menyelamat­kan tendangan penalti Habib Diallo pada babak kedua sebelum Nemanja Radonjic menyelamat­kan satu mata untuk OM dengan gol penyamaan pada minit ke-70.

Pasukan Andre Villas-Boas kekal empat mata di belakang pendahulu Paris Saint-Germain, yang ada baki dua perlawanan lagi dan bertandang ke Saint-Etienne semalam. “Ia adalah penting untuk bangkit semula dengan kemenangan ke atas Nimes (pada Sabtu depan) kerana kami hilang dua mata pada malam ini,” kata Villas-Boas, yang menepis keseriusan kecederaan Mandanda. “Saya rasa ia tidak akan terlalu serius. Kita akan lihat, buku lali itu tidak terlalu bengkak. Saya harap ia tidak terlalu teruk dan dia akan bermain untuk menentang Nimes.”

Morgan Sanson mengundang reaksi yang hebat daripada penjaga gol Metz Alexandre Oukidja pada babak pertama, dan Mandanda kemudian terpaksa dikeluarka­n selepas dia cedera buku lali kanan ketika menerjah bola selepas sentuhan yang berat di dalam kawasannya.

Penggantin­ya tidak berdaya untuk menghalang Metz daripada menjaringk­an gol pendahulua­n pada minit ke-40 apabila hantaran lintang dari Fabien Centonze ditolak masuk oleh Nguette, penyerang Senegal. Metz diberi tendangan penalti pada awal babak kedua apabila pemain pertahanan Jepun Hiroki Sakai menjatuhka­n Nguette – keputusan itu disokong oleh VAR. Namun Pele merebahkan diri dengan hebat ke sebelah kanan untuk menolak keluar tendangan penalti Diallo dan memastikan OM masih ada peluang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia