Utusan Borneo (Sarawak)

Hatrik Coutinho bantu Bayern ‘ratah’

Leipzig ambil alih tempat pertama Bundesliga selepas kemenangan 3-0 di Fortuna Duesseldor­f

-

BERLIN: Philippe Coutinho menjaringk­an hatrik apabila Bayern Munich menunjukka­n prestasi yang tinggi semula dengan kemenangan 6-1 ke atas Werder Bremen dalam Bundesliga kelmarin, manakala RB Leipzig mengambil alih tempat pertama.

Pemain pinjaman dari Barcelona itu ada di mana-mana untuk Munich di Allianz Arena, dengan dua bantuan selain tiga jaringan, tetapi Bayern kekal enam mata di belakang Leipzig.

Pasukan Julian Nagelsmann yang bercita-cita tinggi menggantik­an Borussia Moenchengl­adbach di tempat teratas ekoran kemenangan 3-0 yang selesa di Fortuna Duesseldor­f.

Bayern tewas dalam dua perlawanan mereka sebelum ini dalam Bundesliga dan kelihatan seperti akan mengalami petang yang suram lagi apabila juara itu ketinggala­n selepas pemain tengah Bremen, Milot

Rashica, menjaringk­an gol pada minit ke-24.

Bagaimanap­un dua gol dalam tempoh tiga minit pada hujung babak pertama mengubah hala tujuh perlawanan, selepas Coutinho dan Robert Lewandowsk­i menjaringk­an gol untuk meletakkan Bayern 2-1 di depan.

Bayern berpesta gol selepas waktu rehat, dan menambah empat lagi jaringan – termasuk dua lagi untuk Coutinho, satu lagi untuk Lewandowsk­i dan satu gol untuk Thomas Mueller.

Gol kedua Coutinho, tendangan cantik ke atas penjaga gol Jiri Pavlenka, datang dari laci atas tukang silap mata dari Brazil itu.

Jurulatih Bayern,

Hansi Flick, memuji prestasi Coutinho sebagai “hebat sekali”. “Ia amat menyeronok­kan bagi semua orang untuk melihat bagaimana dia bermain. Apa yang membuatkan saya khususnya gembira adalah cara pasukan benar-benar meraikan usahanya – ia adalah dari hati.

“Semua kami amat gembira sekali dengan usaha yang dia pamerkan pada hari ini.”

Prestasi Coutinho telah dipertikai­kan sejak dia tiba dari Barcelona pada musim panas, bagaimanap­un dia telah diberi tepukan gemuruh oleh penyokong Bayern apabila dikeluarka­n pada minit ke-82.

Dia dikeluarka­n untuk digantikan oleh seorang lagi pemain yang tiba pada musim panas lepas Sarpreet Singh, yang menjadi pemain pertama berketurun­an India – dan warga New Zealand kedua – untuk bermain dalam Bundesliga.

Pemain pertahanan Bayern David Alaba berkata selepas perlawanan bahawa pasukannya tidak panik selepas ketinggala­n, kerana sedar bahawa mereka memiliki kualiti untuk mengatasi pasukan pelawat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERENTAP: Coutinho menjaringk­an gol pertama Bayern pada aksi Bundesliga Jerman menentang Bremen di Allianz Arena, Munich kelmarin.
— Gambar AFP BERENTAP: Coutinho menjaringk­an gol pertama Bayern pada aksi Bundesliga Jerman menentang Bremen di Allianz Arena, Munich kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia