Utusan Borneo (Sarawak)

KGM kumpul RM9,000 hasil penganjura­n dua kejohanan

-

MIRI:KelabGolfM­iri(KGM) melalui Kejohanan Kapten Wanita dan Kejohanan Golf Amal Tahunan Wanita 2019, berjaya mengumpul kira-kira RM9,000 daripada kejohanan yang berlangsun­g di kelab golf itu, baru-baru ini.

Kapten Wanita KGM Marilyn Raja-Wright berkata hasil yang dikutip daripada dua kejohanan tersebut disalurkan untuk tujuan kebajikan dan beliau sendiri telah menyampaik­an sumbangan tersebut kepada Pusat Paliatif Miri yang diterima oleh wakilnya Richard Wong.

Marilyn berkata kejohanan amal seumpama itu telah diadakan sejak penubuhan pasukan golf wanita dan pada 2012 kutipan mereka meningkat kepada RM73,260, untuk tujuan kebajikan.

Selain pusat paliatif, beliau menambah, KGM menerusi kejohanan amal itu juga telah menyalurka­n sumbangan kepada pusat jagaan harian kanak-kanak istimewa, Miri Sunflower Centre dan rumah anak-anak yatim, Miri Methodist Children’s Home.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua pemain golf wanita dan rakan-rakan atas sokongan berterusan dan kemurahan hati untuk menyumbang kepada kejohanan amal itu.

Seramai 30 pemain golf wanita dan lelaki mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang berakhir dengan majlis penyampaia­n hadiah di kelab tersebut.

Kathleen Jimmy muncul juara ‘nett’ keseluruha­n Kejohanan Kapten Wanita 2019 diikuti naib juara, Jane Ho Swee Moi dan pemenang ketiga Muren Wan.

Bagi acara ‘gross’, juara ialah Patricia Lipang dan Marilyn Raja-Wright muncul sebagai naib juara.

Juara kategori ‘nett’ untuk lelaki ialah Hendry Radu dan kategori gross dimenangi Menon Ayu.

Manakala hadiah ‘novelty’ pula, Amelia Harry muncul pemenang untuk pukulan paling dengan garisan lubang No.4 manakala pemenang untuk pukulan paling dekat dengan lubang No.11 pula dimenangi Hendry Radu.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ??
— Gambar Muhammad Rais Sanusi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia