Utusan Borneo (Sarawak)

TOMMY MAWAT SERTAI KUCHING FA • MUKA 20

Pemain pertama diikat Kuching FA sebagai persiapan hadapi kempen Liga Premier 2020

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Bekas penyerang PKNS FC, Tommy Mawat Bada menjadi pemain pertama diikat Kuching FA sebagai persiapan pasukan itu untuk menghadapi kempen Liga Premier 2020 dijadual bermula pada penghujung Februari.

Sesi ringkas menandatan­gani kontrak antara penyerang kelahiran Sarawak itu dan Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA) telah diadakan di Pusat Khidmat DUN Tupong semalam.

“Tommy menjadi pemain pertama ditandatan­gani Kuching FA sebagai persiapan kita untuk menghadapi kempen Liga Premier.

“Saya cukup yakin dengan kemahiran serta pengalaman­nya yang luas ketika beraksi di saingan Liga Super dapat membantu kita untuk menghadapi liga,” kata Presiden KDFA Fazzrudin Abdul Rahman.

Menurut ADUN Tupong itu lagi, pihaknya juga masih menunggu kata putus daripada tiga pemain yang turut ditawarkan kontrak sebelum ini iaitu Paul Sambang, Affy Shahrul Afendy dan Andy Nicholas Nipen.

Ujarnya, persiapan pasu

Presiden KDFA

kan itu tidak terhenti setakat itu sahaja di mana Kuching FA ketika ini juga sedang menguji pemain import dalam usaha memperkuat­kan pasukan itu musim depan.

“Saya cukup yakin akan mendapat berita positif daripada tiga pemain iaitu Paul Sambang, Affy Shahrul Afendy dan Andy Nicholas Nipen.

“Ketiga-tiga mereka mempunyai kualiti yang kita perlukan untuk memperkuat­kan lagi Kuching FA,” tambahnya.

Hadir sama Setiausaha Kehormat KDFA Iswandi Ali Hassan dan Ketua Jurulatih Kuching FA Ideris Untong.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia