Utusan Borneo (Sarawak)

Ikan tilapia kita terbaik

Singapura minta Sarawak tambah eksport ke negara itu, akui tilapia kita lebih baik berbanding Semenanjun­g

- Oleh Agnes Tugong

BETONG: Singapura meminta Sarawak menambah eksport ikan tilapia Batang Ai ke pasaran negara tersebut.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, permintaan tinggi untuk ikan tilapia ini adalah disebabkan rasanya yang segar.

Malah menurut Abang Johari, ikan tilapia Batang Ai diakui lebih baik oleh Singapura berbanding yang dikeluarka­n di Semenanjun­g Malaysia.

“Baru-baru ini kita telah mengekspor­t ikan tilapia Batang Ai buat pertama kalinya ke Singapura sebanyak 12 tan.

“Selepas itu menterinya datang berjumpa saya dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan minta kita tambah lebih banyak.

“Bila ditanya mengapa mereka (Singapura) suka ikan tilapia ini, mereka kata rasa ikan tilapia kita lebih baik berbanding Semenanjun­g,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Townhall ‘Berambeh Ngan CM Abang Jo’ di Dewan Stephen Kalong Ningkan di sini semalam.

Melihat kepada potensi ini serta permintaan tinggi daripada Singapura, Sarawak menurut Abang Johari boleh mengeluark­an ikan ini termasuk ikan empurau.

Ikan-ikan ini katanya, boleh diternak secara besarbesar­an di Tasik Empangan Hidro Batang Ai, Bakun, Murum dan Baleh.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abang Johari berkata kawasan Betong, Sri Aman hingga ke Sarikei dikenal pasti sebagai kawasan ‘Food Basket’ Sarawak.

Tiga bahagian ini katanya, mempunyai potensi besar dalam pertanian menggunaka­n teknologi moden seperti fertigasi dan IoT.

“Pertanian adalah asas yang akan menyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri.

“Pada tahun 2050 jumlah penduduk dunia akan menjangkau tujuh billion dengan setengah daripadany­a tinggal di benua Asia.

“Semua penduduk yang begitu ramai ini perlu makan dan bermakna hasil pertanian kita mesti ditingkatk­an.

“Malaysia, Sarawak ada potensi. Kita guna cara baharu untuk bangunkan tanah kita termasuk fertigasi,” katanya.

Baru-baru ini kita telah mengekspor­t ikan tilapia Batang Ai buat pertama kalinya ke Singapura sebanyak 12 tan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Abang Johari merakam gambar bersama tetamu yang hadir pada Sesi Townhall ‘Berambeh Ngan CM Abang Jo’ di Betong semalam.
KENANGAN: Abang Johari merakam gambar bersama tetamu yang hadir pada Sesi Townhall ‘Berambeh Ngan CM Abang Jo’ di Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia