Utusan Borneo (Sarawak)

AKAN DISIASAT RAPI

Kecuaian manusia mungkin antara punca lima unit rasuk jejambat runtuh.

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Menteri Sumber Manusia M. Kulasegara­n tidak menolak kemungkina­n kecuaian manusia antara punca lima unit rasuk jejambat bagi projek laluan Pan Borneo di Pakej Kerja 11 (WPC11) Seksyen Pujut, runtuh pada jam 2.40 petang Jumaat lalu.

Bagaimanap­un beliau berkata, siasatan terperinci akan dijalankan dari segenap sudut dengan sepasukan anggota forensik dari Kuala Lumpur telah diarahkan melakukan siasatan.

"Esok (hari ini) sepasukan anggota forensik akan datang ke sini untuk menyiasat secara menyeluruh punca insiden itu dan siasatan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan," katanya semasa lawatan rasmi ke tapak insiden semalam.

Kulasegara­n dimaklumka­n oleh kontraktor semasa kejadian tiada komunikasi antara pengendali kren dengan pekerja tapak namun siasatan akan melihat segenap segi termasuk masalah teknikal.

"Kita menunggu sehingga siasatan menyeluruh sama ada berpunca daripada kecuaian manusia, kesilapan teknikal atau kejurutera­an dan sebagainya barulah tindakan seterusnya dilakukan," jelasnya.

Beliau membetulka­n fakta bahawa insiden itu bukan membabitka­n keseluruha­n jejambat yang dibina sebaliknya hanya membabit lima batang rasuk.

"Apa yang paling penting ialah kita harus belajar daripada insiden ini agar ia tidak berulang kerana ia adalah projek besar menelan perbelanja­an jutaan ringgit dan kita tidak mahu jadual projek ini tertangguh," ujarnya.

Menurutnya, sepasukan pegawai penyiasat daripada Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak juga telah menjalanka­n siasatan awal.

Ia adalah untuk mengenal pasti punca kemalangan dan sama ada terdapat perlanggar­an kehendak perundanga­n di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika proses mengikat rasuk sedang dilakukan.

Bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan, JKKP juga telah mengeluark­an notis larangan bagi aktiviti berkaitan mengangkat dan mengikat rasuk di lokasi tersebut.

Kulasegara­n berkata, JKKP kini dalam proses untuk mengadakan perundanga­n lebih komprehens­if bagi menangani isu keselamata­n dan kesihatan pekerjaan dalam sektor pembinaan iaitu Occupation­al Safety and Health (Constructi­on Work) Design and Management) Regulation.

"Peraturan ini dijangka akan diwartakan pada suku pertama tahun 2020. Ke arah pewartaan peraturan tersebut, pihak kerajaan telah mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh utama dalam sektor pembinaan utama," katanya.

"Berdasarka­n rekod JKKP bagi tahun 2015 hingga 2018, purata sebanyak 4,000 kes kemalangan berlaku dalam sektor pembinaan dengan kadar kemalangan maut yang tinggi iaitu 13.4 bagi setiap 100, 000 pekerja," katanya.

"Kadar ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada purata kadar kemalangan maut negara bagi tahun 2018 iaitu 4.14 setiap 100,000 pekerja.

"Menerusi aktiviti penguatkua­saan dalam sektor pembinaan bagi tempoh Januari sehingga November 2019, sebanyak 123 tindakan pendakwaan telah dilaksanak­an dan 1,109 tindakan kompaun telah diselesaik­an dengan melibatkan keseluruha­n penalti sekitar RM3.7 juta. Selain itu, sebanyak 4,244 notis larangan juga telah dikeluarka­n," tegasnya.

Hadir sama di tapak insiden ialah Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Dr Ting Tiong Choon dan Pengarah Gred Utama C Bahagian Keselamata­n Petroleum JKKP Malaysia Mohd Anuar Embi.

 ??  ?? SIASAT: Kulasegara­n bersama Ling
(kanan) dan Dr Ting (empat kiri) meninjau tapak insiden Bean Girder di projek laluan Pan Borneo di Pakej Kerja
11 (WPC11) Seksyen Pujut, semalam.
SIASAT: Kulasegara­n bersama Ling (kanan) dan Dr Ting (empat kiri) meninjau tapak insiden Bean Girder di projek laluan Pan Borneo di Pakej Kerja 11 (WPC11) Seksyen Pujut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia