Utusan Borneo (Sarawak)

BlinQ mahu manfaatkan lonjakan fesyen mewah di Asia Tenggara

-

MANCHESTER: Pasaran fesyen mewah dalam talian, BlinQ, menyasar membawakan pereka fesyen Asia Tenggara ke arena global bagi menampung peningkata­n permintaan terhadap barangan terpakai persendiri­an mewah menerusi perkhidmat­an konsainann­ya serta pameran pereka fesyen baharu menerusi Asean Houz.

Asean Houz, adalah seksyen yang mempamerka­n produk daripada pereka fesyen mewah yang sedang meningkat naik dari seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif BlinQ, Bob Chua berkata, syarikat itu akan terus membantu dan mempromosi­kan pereka fesyen Asia Tenggara dan rekaan mereka, yang mungkin tidak mempunyai platform, inovasi atau bajet untuk berkembang ke peringkat global.

BlinQ yang beribu pejabat di Singapura ketika ini menguruska­n lebih daripada 1,000 jenama, termasuk jenama antarabang­sa yang menumpukan kepada pelanggan di Asia Tenggara dan laman webnya menerima lebih 20,000 kunjungan setiap bulan.

“Kami bukan sahaja bersemanga­t menjadi pemula Asia Tenggara, tetapi juga membantu industri fesyen kita untuk mempunyai platform digital kukuh untuk bersaing di peringkat global.

“Kami menyediaka­n kepada kedua-dua audien Perniagaan kepada Perniagaan (jenama dan peruncit) dan juga Perniagaan kepada Pengguna (pengguna), dan ini boleh dalam dua cara dari segi sasaran untuk masuk ke rantau Asia Tenggara, atau jenama yang mahukan lebih ramai audien serantau atau global,” katanya kepada Bernama menerusi emel.

Chua berkata BlinQ juga berharap dapat membantu menjalin sebarang kerjasama antara jenama Asia Tenggara, jenama antarabang­sa atau pereka fesyen yang bekerja dengan jenama tempatan,

Mengenai perkhidmat­an konsainann­ya bagi barangan mewah terpakai persendiri­an, beliau berkata BlinQ menyasarka­n satu hingga tiga peratus pengguna mewah di seluruh Asia Tenggara memandangk­an peningkata­n saiz kumpulan itu yang sentiasa membeli barangan mewah, terutamany­a menerusi kaedah e-dagang.

“Ketika kini di Asia Tenggara, kita mempunyai beberapa pemain e-dagang besar yang menawarkan perkhidmat­an bagi barangan peringkat bawahan, dan sebahagian­nya barangan premium, namun hampir tiada yang menawarkan barangan mewah,” katanya.

Pasaran jualan semula fesyen mewah global diunjurkan berkembang pada purata 12 peratus setahun dari 2019 ke 2024. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia