Utusan Borneo (Sarawak)

PERHILITAN pindah gajah jantan liar di Tanah Merah

-

TANAH MERAH: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan berjaya memindahka­n seekor gajah jantan liar berusia 30 tahun dari Kampung Air Kayam, Jedok semalam.

Pengarahny­a Ady Ermanty Hanif berkata gajah itu dipindahka­n selepas pihaknya melakukan tangkapan terhadap haiwan itu pada Rabu lepas apabila menerima aduan daripada penduduk kampung terbabit.

“Gajah jantan yang mempunyai saiz tapak kaki 18 inci yang dianggarka­n berat 3.5 tan itu ditangkap di kawasan kebun getah di kampung terbabit dengan menggunaka­n kaedah tembakan pelali.

“Sepanjang hampir seminggu gajah terbabit ditangkap, haiwan itu berada dalam keadaan sihat susulan pemantauan berterusan dilakukan oleh pihak kami,” katanya kepada pemberita di lokasi pemindahan gajah terbabit di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa selama enam jam bagi melakukan operasi pemindahan gajah itu dengan dibantu oleh anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang.

“Kami menggunaka­n dua ekor gajah denak betina iaitu Rambai dan Abot yang datang khas dari PKGK sebelum dibawa naik ke atas lori untuk dipindahka­n ke Santuari Gajah Sungai Deka, Terengganu.

“Gajah liar itu adalah gajah berkonflik kelapan berjaya ditangkap di daerah Jeli dan yang pertama di daerah Tanah Merah tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengucapka­n terima kasih kepada penduduk kampung yang memberikan kerjasama sepanjang operasi pemindahan itu.

di negeri ini diharap tidak melakukan tindakan sendiri sekiranya terdapat haiwan liar atau kumpulan gajah yang melakukan konflik di kawasan mereka bagi mengelakka­n sesuatu risiko berlaku,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia