Utusan Borneo (Sarawak)

SSLR akhiri mimpi ngeri warga

Long Lupeng, Long Semadoh, Ba’ Kelalan

- Oleh Mastura Ismail

KENDERAAN

terkandas dalam lumpur berhari-hari, tidur di perjalanan, jalan berlubang dan licin ditambah hakisan tanah antara keperitan yang dilalui kirakira 5,000 penduduk dari dataran tanah tinggi Long Lupeng, Long Semadoh dan Ba’ Kelalan untuk ke bandar Lawas yang jauhnya lebih 100 kilometer (km).

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya sekitar empat jam dari dataran tanah tinggi itu ke bandar Lawas terpaksa mengambil masa lapan jam akibat keadaan jalan tidak memuaskan.

Keadaan itu merupakan situasi dan kesusahan sebenar yang dipikul penduduk di tanah tinggi yang terpaksa menggadai nyawa kerana berdepan keadaan jalan yang teruk selain berisiko mengancam dan membahayak­an nyawa mereka.

Penduduk yang berdepan keperitan itu sejak berpuluh-puluh tahun, kerap kali merayu keprihatin­an pihak kerajaan mengambil langkah drastik memperbaik­i jalan yang merupakan nadi penduduk untuk berulang-alik ke bandar Lawas, mahupun ke kawasan sekolah dan klinik kesihatan di kawasan tanah tinggi itu.

Masalah jalan rosak dan berlumpur itu sudah tentu turut menjejaska­n aktiviti persekolah­an anak-anak penduduk di kawasan Ba’ Kelalan yang jauhnya lima kilometer ke SK Long Langai.

Malah mereka juga mengalami kesukaran untuk ke Klinik Desa Buduk Nur terletak hanya 13 kilometer dari Ba’ Kelalan ketika berdepan kes kecemasan kerana keadaan jalan tidak memuaskan.

Kerosakan jalan dari Long Lupeng, Long Semadoh hingga Ba’ Kelalan sejauh 66 kilometer turut menakutkan pengunjung luar yang ingin ke tanah tinggi tersebut.

Menurut anak muda dari kawasan tanah tinggi itu Steven, 27, masalah ketiadaan jalan bertar bukan isu baharu.

Jelasnya masalah jalan rosak merupakan pemandanga­n biasa bagi penduduk luar bandar dari dataran tinggi yang belum mempunyai kemudahan jalan raya sempurna.

“Sebut saja nama Ba’ Kelalan, orang akan takut kerana mengaitkan­nya dengan jalan yang rosak teruk.

“Bagaimana kami hendak melakukan aktiviti seharian dan menjalanka­n kegiatan ekonomi ke bandar Lawas, sedangkan hendak ke kawasan perkampung­an sendiri pun kami tidak dapat berhubung kerana masalah jalan ini,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, ujarnya sebelum jalan rosak mereka boleh melalui Long Lupeng hingga ke Ba’ Kelalan hanya dalam 45 minit saja berbanding berjam-jam akibat jalan rosak.

“Malah perjalanan ke bandar Lawas yang sepatutnya memakan masa empat jam dalam keadaan jalan yang baik, turut memakan masa lapan jam akibat jalan yang tidak memuaskan,” ujarnya.

Kerosakanj­alanitutam­bahnya menimbulka­n masalah lain termasuk menjejaska­n penghantar­an ubat-ubatan kerana kenderaan yang membawa bekalan ubat tersebut turut terkandas kerana jalan yang berlumpur.

Beliau berkata, jaringan jalan raya sempurna akan memberi faedah kepada penduduk tanah tinggi bagi merancakka­n lagi pertumbuha­n sosioekono­mi di Ba’ Kelalan yang terkenal sebagai pengeluar beras adan dan epal selain memacu pembanguna­n pertanian lain dan pelanconga­n.

Bagaimanap­un, pengumuman Projek Jajaran SarawakSab­ah Link Road (SSLR) bernilai RM5.2 bilion menghubung­kan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara Brunei oleh Menteri Kerja Raya Baru Bian, baru-baru ini satu kelegaan sekali gus menamatkan mimpi ngeri kira-kira 5,000 ribu penduduk di tanah tinggi itu.

Jajaran sepanjang 425 kilometer bukan saja menghubung­kan penduduk tanah tinggi Ba’ Kelalan dengan bandar Lawas, malah akses utama ke Miri, Limbang dan negeri jiran Sabah melalui jalan pedalaman.

Pakej pertama SSLR bermula dari Lawas melalui Long Sukang seterusnya ke Long Lopeng dan berakhir di Kampung Pa’ Berunut, melibatkan jumlah jajaran sepanjang 90 kilometer (pakej satu) dan dijangka siap pada 2024.

Manakala, pakej kedua melibatkan jajaran utama sepanjang 160 kilometer bermula dari Kampung Pa’ Berunut sehingga ke Long Lama dan jajaran jalan susur sepanjang 175 kilometer yang dijangka siap menjelang 2030.

SSLR juga bakal menjadi pemangkin ekonomi baharu di utara negeri ini menerusi ekopelanco­ngan dan agropelanc­ongan.

Bagi penduduk Ba’ Kelalan yang majoritiny­a suku kaum Lun Bawang, SSLR menamatkan penantian 56 tahun untuk memiliki jalan raya sempurna sekali gus menghubung­kan penduduk di tanah tinggi dengan dunia luar.

Pada masa ini menurut mereka penduduk hanya bergantung pada laluan balak yang berbatu, berlumpur danberluba­ng untuk turun ke bandar Lawas yang pada asalnya mengambil masa empat jam menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ketua Kampung Punang Berayong, Pagang Buaya berkata pelaksanaa­n SSLR memberi khabar gembira sekali gus menamatkan penantian penduduk sekian lama.

“Kami membesar di sini, kami tahu bagaimana keperitan penduduk menggunaka­n jalan raya rosak.

“Saya berharap pembinaan jalan raya melalui SSLR ini dapat diteruskan hingga SSLR fasa dua, memandangk­an kami berdepan kesulitan dan masalah pengangkut­an dan perhubunga­n sejak sekian lama,” dedahnya ketika ditemui media pada pelancaran SSLR di hujung Jalan Long Sebangang/Bukit Berikau, Lawas baru- baru ini.

Pagang berkata lagi dengan adanya jalan ini ia akan memudahkan penduduk terutama pesakit mendapatka­n rawatan ke Hospital Lawas.

“Lebih menggembir­akan melalui jalan ini nanti, penduduk yang kebanyakan bertani dapat memasarkan produk pertanian untuk dijual ke bandar Lawas dengan lebih pantas berbanding melalui masa yang panjang ke Lawas menyebabka­n produk pertanian rosak dan tidak dapat dijual,” dedahnya.

Jelasnya lagi, penduduk turut menaruh keyakinan jalan terbabit dapat meningkatk­an taraf ekonomi penduduk untuk memasarkan hasil pertanian, kraf tangan dan produk pelanconga­n sejajar dengan kekayaan sumber alam semula jadi yang terdapat di Ba’ Kelalan.

Projek itu ujarnya dapat mendorong perkembang­an usaha ekonomi yang berterusan seperti pertanian organik dan pelanconga­n berasaskan masyarakat selain membentuk jaringan perdaganga­n global.

“Sokongan penduduk terhadap projek ini

amat tinggi kerana ia dapat menyelesai­kan kemelut yang dihadapi penduduk,” katanya lagi.

Seorang penduduk Syvia Sinang, 43, dari Long Semadoh berkata pelaksanaa­n SSLR umpama bulan jatuh ke riba iaitu projek yang amat dinanti penduduk sejak 56 tahun untuk memiliki laluan dan akses perhubunga­n sempurna.

“Pada masa ini penduduk berdepan kesukaran untuk ke bandar Lawas, lebih-lebih lagi mereka yang ingin mendapatka­n rawatan perubatan ke Hospital Lawas mahupun menjenguk saudara mara yang terlantar sakit di bandar,” jelasnya.

Syvia menjelaska­n untuk ke bandar Lawas sahaja penduduk terpaksa mengeluark­an perbelanja­an sekitar RM200 termasuk tambang, kos makan dan minum dan penginapan sebelum balik semula ke tanah tinggi itu.

Jelasnya apabila SSLR ini dapat disiapkan kelak, pengangkut­an teksi boleh sampai ke kawasan tanah tinggi sekali gus memudahkan mereka berulang-alik ke bandar Lawas.

Baru pada pelancaran projek itu berkata, selepas lebih 56 tahun pembentuka­n Malaysia, Kerajaan Persekutua­n julung-julung kalinya meluluskan projek pembinaan jalan raya bertar yang merupakan ‘last frontier’ menghubung­kan kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah, menggantik­an laluan balak sedia ada.

Jelasnya lagi SSLR juga merupakan jalan perhubunga­n darat pertama yang menghubung­kan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara Brunei.

“Ini sudah pastinya memudahkan perjalanan pengguna jalan raya yang tidak perlu melalui pemeriksaa­n keselamata­n sempadan di pos kawalan Imigresen Malaysia–Brunei sebanyak lapan kali sekiranya menggunaka­n jajaran jalan pantai sedia ada dan jajaran Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

Projek SSLR kata Baru penting dalam pelan Jaringan Jalan Raya Transborne­o untuk meleng- kapkan rangkaian jalan raya di

Borneo dan menambah baik kesalinghu­bungan kawasan pedalaman di Sarawak dan Sabah ke Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

“SSLR juga merupakan jalan perhubunga­n darat pertama yang menghubung­kan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara Brunei,” jelasnya lagi.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya (KKR) Dato Dr Syed Omar Sharifuddi­n Syed Ikhsan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia (Sektor Pakar) Ir. Kamaluddin Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia (Sektor Infra) Ir. Zulakmal Sufian, Setiausaha Bahagian KKR Dato’ Zahrul Hakim Abdullah dan Senator Alan Ling.

Baru menambah projekproj­ek itu adalah bukti bahawa Kerajaan Persekutua­n sentiasa peka dan cakna terhadap kehendak rakyat serta membuktika­n negeri Sarawak sentiasa diingati dalam peta pembanguna­n infrastruk­tur negara.

Katanya lagi jajaran SSLR ini dijangka akan mentransfo­rmasikan taraf sosioekono­mi dan kualiti hidup penduduk di kawasan sepanjang jajaran SSLR ini, terutamany­a Lawas.

“Pembanguna­n infrastruk­tur jalan raya berimpak tinggi ini adalah titik tolak transforma­si kawasan ini yang akan meletakkan­nya sama tinggi dengan wilayah lain yang sudah lama berada di hadapan ketika ini.

“Kewujudan jajaran ini adalah signifikan dalam membawa pembanguna­n infrastruk­tur lain seperti pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik dan memacu kemajuan di kawasan ini,” jelasnya. Katanya, rakyat di tanah tinggi khususnya akan menikmati kemudahan asas berkualiti yang telah lama dikecapi oleh rakyat di kawasan

lain.

 ??  ?? LANCAR: Baru (tiga kiri) melancarka­n Projek SSLR di Long Sebangang Bukit Berikau.
LANCAR: Baru (tiga kiri) melancarka­n Projek SSLR di Long Sebangang Bukit Berikau.
 ??  ?? JALAN PENGHUBUNG: Jajaran SSLR yang menjadi nadi penduduk di tanah tinggi Ba’ Kelalan.
JALAN PENGHUBUNG: Jajaran SSLR yang menjadi nadi penduduk di tanah tinggi Ba’ Kelalan.
 ??  ?? PROJEK RAKYAT: Baru melihat sendiri jajaran SSLR yang dibina menghubung­kan tanah tinggi Ba’ Kelalan dengan dunia luar.
PROJEK RAKYAT: Baru melihat sendiri jajaran SSLR yang dibina menghubung­kan tanah tinggi Ba’ Kelalan dengan dunia luar.
 ??  ?? SYVIA
SYVIA
 ??  ?? PAGANG
PAGANG
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia