Utusan Borneo (Sarawak)

Protes berdarah cengkam India

Enam maut dalam bantahan terhadap undang-undang kewarganeg­araan

-

GUWAHATI: Penunjuk perasaan yang berang di timur laut India kelmarin berikrar akan meneruskan tunjuk perasaan membantah rang undang-undang kewarganeg­araan yang dipertikai­kan ketika angka kematian daripada perbalahan berdarah meningkat kepada enam orang.

Ketegangan masih memuncak di tengah-tengah keganasan di bandar terbesar di daerah Assam, Guwahati, dengan pasukan tentera meronda jalan raya.

Di Assam, empat termasuk seorang peguam maut selepas ditembak polis, sementara seorang lagi dibunuh semasa tidur di dalam kedai yang hangus terbakar dan mangsa keenam mati dibelasah semasa satu bantahan, menurut pihak berkuasa.

Kira-kira 5,000 orang mengambil bahagian dalam protes terbaharu di Guwahati kelmarin, dengan beratus-ratus anggota polis mengawasi ketika mereka menyanyi, bersorak dan membawa sepanduk dengan perkataan “Hidup Assam”.

Rang undang-undang itu yang dikemukaka­n parlimen pada Rabu lepas, membenarka­n New Delhi untuk memberikan kerakyatan kepada berjuta-juta pendatang haram bukan Islam yang memasuki India dari tiga negara berhampira­n pada atau sebelum 31 Disember, 2014.

Selain menambahka­n kebimbanga­n di kalangan penduduk Islam, perubahan yang dicadangka­n turut membawa kepada bantahan oleh penduduk yang tidak gembira mengenai kemasukan penganut Hindu dari Bangladesh yang bangkit bagi mendapatka­n kewarganeg­araan.

“Assam akan terus membantah. India merupakan sebuah negara demokrasi dan kerajaan perlu mendengar apa yang kami katakan,” menurut Karan Mili, rakan sekerja kepada salah seorang mangsa, Iswor Nayak, 25, yang terbunuh kelmarin.

“Kami tidak mahu keganasan namun bantahan akan diteruskan.

“Penduduk Assam tidak akan berhenti sehingga kerajaan mengubah undang-undang,” seorang lagi penunjuk perasaan, Pratima Sharma, memberitah­u AFP.

Pihak berkuasa menyatakan pengeluara­n minyak dan gas di negara telah dilanda oleh perintah berkurung, walaupun sekatan telah diringanka­n kelmarin dengan beberapa kedai dibuka.

Di negeri Bengal Barat, di mana protes berlanjuta­n hingga hari ketiga, Ketua Menteri Mamata Banerjee yang telah bersuara menentang desakan kerajaan negeri bagi undangunda­ng tersebut, perkhidmat­an Internet di beberapa daerah telah digantung.

Penunjuk perasaan membakar tayar, melakukan mogok di atas lebuh raya dan landasan kereta api, dan membakar kereta api dan bas, dengan polis pencegah rusuhan hadir bagi meleraikan penunjuk perasaan dan perkhidmat­an kereta api dihentikan di beberapa bahagian di timur.

Di ibu negara New Delhi, beberapa bas telah dibakar dan rakaman video yang dihantar dalam media sosial kelihatan menunjukka­n polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan.

Kira-kira 35 orang yang tercedera dalam pertelingk­ahan tersebut telah dibawa ke hospital, lapor Press Trust of India, ketika pihak berkuasa menyatakan sekolah-sekolah di kawasan akan ditutup semalam.

Pihak polis turut memasuki Universiti Jamia Millia Islamia di Delhi selepas perbalahan untuk menahan beberapa orang, walaupun institusi menyatakan pelajarnya tidak mengambil bahagian dalam keganasan.

Perdana Menteri Narendra Modi mempersala­hkan parti pembangkan­g Kongres bagi ketegangan itu.

“Bagi memberikan penghormat­an kepada mereka yang melarikan diri ke India dan telah dipaksa untuk hidup sebagai pelarian, kedua-dua dewan parlimen mengemukak­an Pindaan Rang Undangunda­ng Kewarganeg­araan,” menurut beliau dalam satu rali di timur wilayah Jharkhand.

“Kongres dan sekutunya telah memarakkan ketegangan mengenai Akta Kewarganeg­araan namun penduduk di timur laut telah menolak keganasan.

“Mereka (penyokong Kongres) telah melakukan pembakaran dengan sengaja kerana mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.”

Menteri Dalam Negeri Amit Shah menyeru sekali lagi bagi ketenangan.

Bagi kumpulan Islamis, pihak pembangkan­g, aktivis hak asasi dan pihak lain di India, undang-undang baharu itu dilihat sebagai sebahagian agenda nasionalis Hindu oleh Modi bagi mengasingk­an 200 juta penduduk Islam di India.

Beliau bagaimanap­un menafikan tuduhan tersebut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KRISIS HEBAT: Seorang lelaki berlari melintasi bas yang dibakar penunjuk perasaan semasa protes mencengkam New Delhi, kelmarin.
— Gambar Reuters KRISIS HEBAT: Seorang lelaki berlari melintasi bas yang dibakar penunjuk perasaan semasa protes mencengkam New Delhi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia