Utusan Borneo (Sarawak)

Album kompilasi ‘PUANG’ tampil lima artis baharu

-

IDEA untuk menghasilk­an album kompilasi ‘Puang’ datang daripada komposer terkenal Iban iaitu Jesley Jabu di mana beliau telah mencari artis baharu yang tidak pernah mengikuti apaapa pertanding­an atau merakamkan lagu.

Hasil dari idea itu maka lahirlah album yang menggabung­kan lima orang artis iaitu Lady Jay, Marshella, Stella N, Steve Sheegan, Celestine Tutong.

Album ini dihasilkan dengan usaha individu itu sendiri bermula dari merakam vokal di studio, penggambar­an klip video, menjual serta mempromosi album.

Dalam album ‘Puang’ ini, ada 10 buah lagu yang kebanyakan­nya dicipta oleh Jesly Jabu sendiri bersama abangnya Cikgu Matthius Mambang dan dinyanyika­n oleh lima orang artis. Album ini telah mengambil masa setahun untuk dihasilkan.

Antara lagu yang ditulis oleh Jesley dan Matthius adalah ‘Badu Ngasoh Aku Nyabak’, ‘Puang’, ‘Pengerindu Setengah Jalai’, ‘Ambi ke Pendudi’, ‘Manjung Dalam Kibung’ dan ‘Enda Ngelengka’.

Selain itu, album ini juga turut mendapat sentuhan kreatif beberapa komposer lain iaitu Lesry Luyoh dengan ‘Umpan Pengerindu Nuan’, ‘Kumang Batang Rajang’ dan ‘Agi Bisi Pengerindu’, serta lagu ‘Beraie Ketegal Danji’ yang ditulis oleh Jennifer Sara.

Album kompilasi ‘Puang’ ini dikeluarka­n di bawah syarikat rakaman Kaban Muzik Production Sdn Bhd (KMP).

Bagi sesiapa yang hendak membeli album ini boleh mendapatka­nnya daripada artis itu sendiri atau boleh mengunjung­i RiverView Station di Jalan Tiya Vista Tabuan.

Sejak dirasmikan di RiverView Station Café & Grill pada 26 Mei yang lepas, album ini sudah terjual sebanyak 70 peratus.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CELESTINE TUTONG
CELESTINE TUTONG
 ??  ?? MARSHELLA
MARSHELLA
 ??  ?? STEVEN SHEEGAN
STEVEN SHEEGAN
 ??  ?? LADYJAY
LADYJAY
 ??  ?? STELLA N
STELLA N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia