Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an tunda kereta laris pada musim banjir

Penduduk rela bayar caj RM100 daripada tanggung risiko kereta rosak apabila meredah banjir

-

MARUDI: Meskipun dikenakan caj RM100 untuk sebuah kereta namun pemilik kenderaan di sini tiada pilihan kerana enggan menanggung risiko kereta mereka rosak apabila meredah banjir di Pangkalan Feri Nanga Ridan di sini.

Caj sebanyak itu dikenakan lori yang akan menunda dan membawa kereta mereka dari pekan Marudi melalui Jalan Lim Cheng Kiat menuju ke pangkalan feri yang ditenggela­mi air setinggi satu kaki hingga satu kaki setengah.

Walaupun banjir sudah surut dan semakin terkawal di kawasan ini, namun ia masih menimbulka­n masalah bagi pemilik kereta kecil yang hendak turun ke Miri dan terpaksa meredah jalan yang masih ditenggela­mi banjir termasuk di pangkalan feri.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati sejak Ahad lalu, pemilik kereta mulai menggunaka­n perkhidmat­an lori yang mengenakan RM100 untuk satu perjalanan (dari pekan ke pangkalan feri dan sebaliknya).

Perkhidmat­an lori ini diteruskan lagi sehingga semalam dengan beberapa kereta terpaksa berbaris menunggu giliran.

Dalam pada itu, keadaan di Sungai Baram semakin surut termasuk di kawasan hulu Baram, Apoh dan Tinjar.

Manakala di pekan Marudi, banjir surut perlahan sejak sebelah pagi iaitu antara enam hingga tujuh inci, dengan penempatan di kawasan rendah dan terletak di tebing Sungai Baram seperti Kampung Narum, Kampung Dagang, Kampung Ridan dan Kampung Padang Kerbau masih di paras berbahaya dan berwaspada.

Sementara itu, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata sehingga kini sebanyak dua keluarga dengan sembilan orang telah dipindahka­n ke pusat pemindahan di Dewan Suarah Baram sejak Ahad.

Katanya, penduduk terbabit dipindahka­n sejak jam 4.45 petang semalam.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marudi semalam turut menghantar bekalan segera berjumlah 1,497 pek makanan kepada penduduk di kawasan terjejas.

Antaranya ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Panai sebanyak enam pek, dua kampung di Long Panai (256 pek makanan), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh (22), Klinik Long Panai (14), SK Benawa (tujuh) dan Kampung Benawa (124).

Bantuan yang sama turut dihantar ke rumah panjang di Kuala Tutoh (142 pek makanan); Long Ukok di Batu Belah (58); Long Patan (78); Rumah Asong di Linei (66); Rumah Lajang Genam (58); Rumah Rok (32); Rumah Sumping (68) dan Rumah Anthony Gaong (28).

Manakala di Kampung Narum pula, sebanyak 356 pek makanan diserahkan kepada penduduk terjejas, Kampung Dagang (130) dan Kampung Ridan sebanyak 32 pek makanan.

 ??  ?? DIANGKUT: Khidmat lori tunda diperlukan bagi membawa kenderaan keluar dari pekan Marudi menuju ke pangkalan feri, selepas jalan-jalan digunakan ditenggela­mi air dan tidak dapat dilalui kenderaan kecil.
DIANGKUT: Khidmat lori tunda diperlukan bagi membawa kenderaan keluar dari pekan Marudi menuju ke pangkalan feri, selepas jalan-jalan digunakan ditenggela­mi air dan tidak dapat dilalui kenderaan kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia