Utusan Borneo (Sarawak)

KK Kampung Kuala Tutoh nafi tiada bekalan tong gas memasak

-

MIRI: Ben Wak, Ketua Kampung (KK) Kampung Kuala Tutoh, semalam menafikan penduduk di kawasannya itu mengalami masalah ketiadaan bekalan gas untuk memasak, berikutan banjir yang melanda sejak minggu lepas.

Beliau memberitah­u, sehingga kini tiada penduduk kampung yang datang memaklum atau melaporkan bahawa mereka menghadapi masalah ketiadaan bekalan gas untuk memasak.

“Sehingga hari ini, tidak ada pun orang memaklumka­n kepada saya dan setakat ini tidak ada pula kami berdepan dengan masalah kekurangan bahan api untuk memasak sebagaiman­a yang didakwa,” katanya kepada pemberita yang menghubung­i beliau dari sini, semalam berhubung isu tersebut.

“Saya pun hairan, bagaimana mereka dalam laporan akhbar itu (sebuah akhbar berbahasa Inggeris arus perdana) memberitah­u ada masalah ini (kekurangan gas untuk memasak), sedangkan mereka tidak kelihatan pun datang ke kampung kami.

“Sebaliknya orang di kampung ini, termasuk saya, yang masih berada di kampung sehingga air surut, hari ini (semalam), tiada pun tahu (mengenai masalah yang dilaporkan),” katanya.

Menurut Ben, sejak banjir melanda di kawasan berkenaan minggu lepas beliau sudah tidak pergi ke mana-mana termasuk turun ke Miri, kerana lebih mengutamak­an keadaan di kawasannya.

Beliau juga mengakui, mereka sudah dua kali menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah Marudi, termasuk semalam.

Semalam juga katanya, dengan paras air yang semakin surut, penghuni rumah panjang dua tingkat, sebanyak 72 pintu itu melakukan kerja-kerja membersihk­an bilik, ruai dan berandah rumah panjang itu yang kotor disebabkan banjir.

Sementara itu, laporan akhbar berbahasa Inggeris atas talian, StarOnline melaporkan penduduk di pedalaman Baram, Kampung Kuala Tutoh, mengadu tidak dapat memasak kerana kehabisan bekalan gas dan keadaan hari yang hujan pula menyebabka­n mereka tidak dapat mencari kayu api.

Paras air yang tinggi dan arus yang deras semasa banjir juga menyukarka­n bot-bot untuk pergi ke pekan Marudi mendapatka­n bekalan tong gas.

Sementara itu, salah seorang penduduk kampung, Michael Ding, yang dihubungi Utusan Borneo memberitah­u tidak ada ‘bandong’ (bot besar) pergi ke kawasan hulu untuk menghantar dan menjual pelbagai barang runcit ke kampung-kampung disebabkan banjir.

“Justeru mereka terpaksa bergantung kepada sesiapa sahaja dari rumah panjang ini yang ada bot sangkut untuk turun ke pekan Marudi mendapatka­n bekalan tong gas yang semakin berkuranga­n.

“Nak masak dengan kayu api pun tidak dapat ketika ini kerana kayu api basah. Tetapi dengan keadaan banjir yang semakin surut, harap-harap masalah ini dapat selesai dengan segera,” katanya.

 ?? Ihsan Penduduk Kampung
— Gambar ?? SUKAR: Bekalan gas yang semakin berkuranga­n dengan penduduk terpaksa bergantung kepada mereka yang mempunyai bot enjin sangkut untuk membeli gas bagi keperluan memasak.
Ihsan Penduduk Kampung — Gambar SUKAR: Bekalan gas yang semakin berkuranga­n dengan penduduk terpaksa bergantung kepada mereka yang mempunyai bot enjin sangkut untuk membeli gas bagi keperluan memasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia