Utusan Borneo (Sarawak)

Angin kencang dijangka berlaku di perairan Sarawak

-

KUCHING: Komuniti maritim diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamak­an keselamata­n semasa berada di laut berikutan amaran angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak.

Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, komuniti maritim khususnya di Sarawak harus mengambil perhatian sewajarnya berkenaan ramalan keadaan cuaca semasa apabila hendak melakukan sebarang aktiviti di laut.

Menurutnya komuniti maritim terutama para nelayan bot kecil, pengusaha bot pelancong dan penumpang hendaklah mengambil berat tentang keselamata­n semasa berada di laut bagi memastikan keselamata­n nyawa serta harta mereka terjamin dana tidak berlaku sebarang insiden tidak ingini.

“Jabatan Mateorolog­i Malaysia telah mengeluark­an amaran angin kencang dari timur laut berkelajua­n 40-50 kmsj dengan ombak yang boleh mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Sehubungan itu katanya, Maritim Malaysia mohon kerjasama daripada pengusaha-pengusaha bot pelancong, bot penumpang dan bot nelayan agar dapat sama-sama meningkatk­an keselamata­n di laut.

Beliau turut menasihati pengusaha pusat rekreasi di kawasan pulau menghentik­an sementara aktiviti rekreasi dan sukan di laut sehingga keadaan cuaca kembali tenang.

“Saya juga menyaranka­n orang awam agar terus menghubung­i Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak jika terdapat sebarang kejadian kecemasan atau kejadian yang tidak diingi berlaku di laut di talian 082-432544 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia