Utusan Borneo (Sarawak)

RM100,000 untuk naik taraf, ubah suai Unity Methodist Church

-

SARIKEI: Sejumlah RM100,000 telah diperuntuk­kan untuk kerja-kerja menaik taraf dan pengubahsu­aian Unity Methodist Church, Merudu, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, dana tersebut adalah daripada Kerajaan Sarawak menerusi peruntukan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Katanya, peruntukka­n tersebut disalurkan atas permintaan pihak gereja terbabit yang memohon peruntukan untuk menaik taraf demi memastikan keselesaan para penganutny­a ketika menjalanka­n ibadah serta aktiviti keagamaan lain di gereja berkenaan.

“Pihak kita dimaklumka­n bahawa kerja-kerja pengubahsu­aian termasuk penggantia­n bumbung, penukaran jubin dan mengecat bangunan.

“Kita yakin kerja-kerja menaik taraf ini akan siap sepenuhnya pada tahun depan dan kita berharap bila siap nanti, ia akan dapat memberi keselesaan kepada para penganut di gereja ini,” katanya ketika melakukan tinjauan ke gereja terbabit, semalam.

Lawatan kerja tersebut dilakukan bersama pasukannya daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok.

Menurut Huang, kerajaan akan terus berusaha menyalurka­n pelbagai pembanguna­n dan kemajuan di kawasan luar bandar melalui pelbagai pelan dan agenda transforma­si.

Katanya, semua perancanga­n yang dilaksanak­an ini merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pembanguna­n dan kemajuan di antara bandar dan luar bandar.

“Secara dasarnya, kebanyakan pelan pembanguna­n yang digerakkan oleh kerajaan dari dahulu lagi hingga kini adalah untuk memastikan kemudahan yang berkaitan infrastruk­tur, khususnya yang berkaitan kemudahan bekalan air bersih, elektrik dan sekolah dapat dinikmati pada tahap yang terbaik untuk masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Perkara tersebut adalah asas kepada semua perkara, jadi setiap pembinaan kepada kemudahan tersebut adalah perjuangan utama dalam pentadbira­n kerajaan,” katanya.

Pada masa yang sama, Huang bersama rombongann­ya turut melakukan tinjauan kerja ke kawasan Jalan Ching Hung dan Jalan Merudu untuk memantau kerja-kerja penurapan jalan di lokasi terbabit.

Turut menjadi lokasi lawatan rombongan terbabit ialah kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola keranjang berbumbung dan pembinaan sebuah stor simpanan di

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Su Lok.

Turut menyertai lawatan itu ialah Kapitan Ling Dien Yong, Penghulu Huang Tiong Kang, pengerusi Majlis

Daerah Sarikei (MDS) serta warga Pusat Khidmat DUN Repok yang lain.

 ??  ?? LAWATAN KERJA: Huang bersama pasukan daripada Pusat Khidmat DUN Repok melakukan tinjauan kerja di SJK Su Lok melibatkan kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola keranjang berbumbung dan stor simpanan.
LAWATAN KERJA: Huang bersama pasukan daripada Pusat Khidmat DUN Repok melakukan tinjauan kerja di SJK Su Lok melibatkan kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola keranjang berbumbung dan stor simpanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia