Utusan Borneo (Sarawak)

Rayuan ditolak, Dominique Ng dipenjara sehari, didenda RM30,000

-

KUCHING: Mahkamah Rayuan menolak rayuan serta mengekalka­n hukuman penjara satu hari dan denda RM30,000 yang sebelum ini dikenakan oleh Mahkamah Tinggi terhadap ahli politik Dominique Ng.

Ng juga bakal dikenakan tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebulat suara menetapkan demikian semalam terhadap presiden Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) yang melakukan kesalahan menghina mahkamah pada 2017.

Kes tersebut bermula pada 2017 apabila Ng, juga seorang peguam, mewakili penduduk Kampung Haji Wahid di Bukit Kanada, Miri berhubung kes pertikaian tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Penduduk kampung mendakwa tanah NCR di kawasan sekitar telah diberi hak kepada anak syarikat Samling iaitu Pantai Bayu Indah Sdn Bhd.

Pada 6 Mac 2017, anak guamnya meminta kepada Ng untuk membuat permohonan melalui prosiding sivil supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lee Heng Cheong menarik diri tetapi permohonan mereka akhirnya ditolak.

Semasa kes itu disebut di mahkamah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan tersebut menyifatka­n Hakim Lee sebagai seorang yang tidak adil dan mencampura­dukkan urusan peribadiny­a semasa menjalanka­n tugas sebagai hakim.

Pada ketika itu juga, tular video yang menunjukka­n Ng sedang memberi taklimat kepada anak guamnya di luar bilik mahkamah mengenai perkara yang berlaku di dalam kamar Hakim Lee dan berkenaan afidavit yang menyokong permohonan penarikan hakim.

Ng kemudianny­a didapati bersalah pada 30 Mac 2017 oleh hakim Mahkamah Tinggi lain iaitu Hakim Dean Wayne Daly atas kandungan klip video tular ketika itu.

 ??  ?? RAYUAN DITOLAK: Dominique ketika bercakap dengan anak guamnya di Mahkamah Kuching.
RAYUAN DITOLAK: Dominique ketika bercakap dengan anak guamnya di Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia