Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Indonesia ceroboh, ambil hasil hutan Taman Negara Gunung Gading dipenjara sebulan

-

KUCHING: Lima warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menceroboh, mengambil hasil hutan dan membina bangunan di Taman Negara Gunung Gading tanpa kebenaran kontroler Taman Negara dan Rizab Semula Jadi.

Trisitrisn­o, Suheadi Uncang, Gilbertus Culo, Kenesius Oktavianus Ungge dan Kir Santus masingmasi­ng mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibaca oleh Timbalan Pendakwa Raya Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) Hisyamudin Roslan.

Mereka yang berusia dalam lingkungan lewat 20-an itu didakwa melakukan perbuatan terbabit pada 11 Disember lalu, jam 2.37 petang.

Menurut fakta kes, mereka mengambil hasil hutan berupa lima batang kayu balak dan 40 keping papan berjumlah 13.4242 meter persegi.

Semasa serbuan dilakukan, kesemua tertuduh gagal menunjukka­n pas kebenaran sah untuk masuk ke Taman Negara Gunung Gading dan seterusnya didakwa bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 26 (a) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi 1998.

Mereka juga gagal mengemukak­an lesen sah daripada pengarah Jabatan Hutan Sarawak untuk mengambil hasil hutan.

Justeru, mereka didakwa untuk pertuduhan kedua di bawah Seksyen 90(1) Ordinan Hutan 2015.

Mereka juga didakwa di bawah Seksyen 26(i) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi 1998 kerana telah membina bangunan dalam kawasan Taman Negara untuk tujuan mengambil hasil hutan.

Hakim Marutin Pagan menetapkan agar kesemua tertuduh dipenjara sebulan bagi pertuduhan pertama.

“Bagi pertuduhan kedua, kesemua tertuduh didenda RM25,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda dan juga dikenakan sebulan penjara.

“Sebagai tambahan kepada penalti, kesemua tertuduh dikehendak­i membayar kerajaan 10 kali dari nilai RM1,745.15 berdasarka­n Seksyen 90 (2) Ordinan Hutan 2015,” tambah beliau semasa menjatuhka­n hukum.

Mereka juga dijatuhi hukuman penjara selama sebulan bagi pertuduhan ketiga.

Mahkamah menetapkan agar hukuman penjara dijalankan secara serentak mulai dari tarikh tangkapan.

Kesemua tertuduh juga akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran selepas menjalani hukuman.

Tertuduh dalam rayuan penguranga­n hukuman mereka memohon agar tidak dikenakan hukuman berat kerana mereka hanya datang untuk bekerja dan tidak mengetahui bahawa mereka telah melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

Mereka tidak diwakili peguam.

 ??  ?? DIDAKWA: Kelima-lima tertuduh duduk di ruang legar Mahkamah Kuching.
DIDAKWA: Kelima-lima tertuduh duduk di ruang legar Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia