Utusan Borneo (Sarawak)

Khianat harta benda, penganggur didenda RM3,000

-

MIRI: Seorang penganggur didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah melakukan khianat ke atas sebuah kereta milik seorang lelaki.

Wong Sie Chuan, 37, dari Pujut 2 di sini, didapati telah melakukan khianat dengan merosakkan kereta milik Wong Sie Kiing, 42, hingga menyebabka­n kerugian bernilai RM3,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang, 10 November lalu di Tamu Muhibbah di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Di hadapan mahkamah tertuduh merayu hukuman ringan dan berjanji akan membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 2 Januari depan untuk pengurusan kes setelah tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan pertama iaitu mencederak­an Wong Sie Kiing.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

Mahkamah kemudian membenarka­n Sie Chuan dibebas dengan jaminan RM3,500 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar Ragandaran di hadapan Majistret Md Syafique Md Hilmie manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia