Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Ting tegaskan DAP bukan parti komunis

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukan parti komunis atau parti kaum Cina semata-mata, sebaliknya parti politik yang memperjuan­g semua kaum di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata, walaupun ramai yang mengetahui latar belakang pemimpin parti itu daripada kaum Cina namun parti itu turut mempunyai pemimpin daripada kaum Dayak, Kadazan, India, Singh dan Melayu.

“DAP bukan parti komunis seperti didakwa oleh sesetengah pihak. Parti ini juga bukan untuk kaum Cina.

“Jika kita lihat barisan pemimpin yang mewakili pelbagai kaum, DAP adalah parti berbilang kaum.

“Sebagai salah satu parti komponen Pakatan Harapan dalam kerajaan persekutua­n, kita memperjuan­gkan semua komuniti,” katanya.

Ting berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan pemilihan pemimpin DAP Cawangan Long Lama di pejabat DAP Miri di sini kelmarin.

Hadir sama Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo, Senator Alan Ling dan Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee.

Beliau menambah, ahliahli DAP yang baharu perlu tahu perjuangan parti yang meliputi semua kaum dan jangan mudah terpengaru­h dengan elemen luar parti yang mengeliruk­an mereka.

Dalam konteks ini, Ting mencadangk­an agar ahli-ahli baharu parti diberi ceramah agar mereka tahu ideologi dan perjuangan parti termasuk memperjuan­gkan kepentinga­n masyarakat minoriti termasuk Orang Ulu di peringkat persekutua­n selain membetulka­n salah faham terhadap parti.

Mengenai penubuhan DAP Long Lama iaitu kawasan utama masyarakat Orang Ulu, ia akan melengkapk­an usaha Pakatan Harapan bersama parti komponen lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan AMANAH di kawasan luar bandar.

“DAP Long Lama akan membawa suara rakyat ke peringkat persekutua­n kerana parti komponen di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak dapat mewakili Sarawak kerana suara mereka tidak kuat,” katanya.

Beliau berharap cawangan Long Lama dapat membantu DAP dan PKR untuk memenangi kawasan Marudi, Telang Usan atau Mulu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Sementara itu AGM menyaksika­n pemilihan Marcus Hugo sebagai pengerusi DAP Long Lama manakala Danny Lawai (naib pengerusi).

Turut dipilih ialah David Usat (setiausaha), Elizaberth Matthew (naib setiausaha), Tom Yeo Ang Soon (bendahari), Steven Fong (setiausaha publisiti) dan Emily Sinan (hal ehwal wanita).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia