Utusan Borneo (Sarawak)

Alexander kekal sebagai Presiden PEBEDAS 2019-2021

-

SIBU: Alexander Fredrick Diglin kekal sebagai Presiden Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) bagi sesi 2019-2021.

Pemilihan beliau dibuat pada Mesyuarat Tahunan PEBEDAS yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Sabtu lepas.

Timbalan Presiden yang dipilih ialah Joshua Jackson diikuti tiga Naib Presidenny­a iaitu Marti Saba Changgai, Minggu Rantai dan Dalas Robert.

Clarence Nanang telah dipilih sebagai Setiausaha Agung sementara Leo Albert Tony sebagai timbalanny­a.

Jawatan Bendahari Agung disandang Jaqueline Injan Anthony sementara Rika Siah Belajang sebagai timbalanny­a.

Ahli-ahli Exco PEBEDAS yang dipilih ialah Johny Sain, Jeffry Loh, Masrizal Nijur, Delucia Jempai Janin, Tommy Bunsu, Fredly Brandi, Kennylee Kelak dan Agnes Gendi.

Sehubungan itu, pengasas PEBEDAS yang juga bekas Presidenny­a Daniel Batin dilantik sebagai Penasihat Tetap PEBEDAS.

Selepas mesyuarat tersebut, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi PEBEDAS 2019-2021 dan Penyerahan Anugerah Prestasi Cemerlang Bintang PEBEDAS 2019 telah diadakan yang disempurna­kan oleh Daniel.

Mereka yang menerima anugerah tersebut ialah Alexander Fredrick Diglin daripada Majlis Tertinggi (MT) Pusat, Martin Saba Changgai (MT Pusat), Jaqueline Injan Anthony (MT Pusat), Joshua Jackson (Bahagian Sibu), Dalas Robert (Bahagian Sibu), Johny Sain (Bahagian Sibu), Terence Tan (Bahagian Sibu) dan Brouselton Mc Qariem (Bahagian Kuching).

Sementara itu, dalam kenyataan media yang dikeluarka­n PEBEDAS kelmarin berkata, pertubuhan itu kini bergerak di bawah satu entiti.

Keputusan itu dibuat dan dipersetuj­ui bersama oleh semua ahli yang hadir pada mesyuarat tersebut.

“Buat masa sekarang, PEBEDAS hanya akan bergerak sebagai satu entiti supaya objektif, misi dan visi PEBEDAS dapat dicapai,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, Presidenny­a Alexander menjelaska­n bahawa PEBEDAS merupakan satu-satunya pertubuhan Dayak di Malaysia yang menyatukan pelbagai etnik di Sarawak.

“PEBEDAS menghormat­i keberadaan pelbagai etnik dan menggalaka­n ahlinya yang mempunyai minat yang berbeza supaya tampil menggunaka­n platform PEBEDAS

untuk menyemaika­n semangat kesukarela­an dan perpaduan dalam kalangan belia Dayak melalui pelarasan aktiviti-aktiviti berkaitan pembanguna­n belia seperti kesukanan, pendidikan, kebudayaan dan keusahawan­an,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Daniel dalam ucapannya pada majlis penyerahan watikah itu berkata beliau berasa amat berbangga dengan kata sepakat melalui mesyuarat PEBEDAS pada sebelah pagi itu dan menyatakan pelantikan dan pemilihan baharu pimpinanny­a sebagai bukti pertubuhan itu kekal relevan kepada anak muda Dayak seluruh Sarawak.

 ??  ?? IKHLAS: Alice (tujuh kiri) menyerahka­n sumbangan mereka kepada Kamisiah di Kuching, baru-baru ini.
IKHLAS: Alice (tujuh kiri) menyerahka­n sumbangan mereka kepada Kamisiah di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? BELIA DAYAK: Daniel (duduk, empat kini), Alexander (duduk, empat kanan) serta ahli Majlis Tertinggi PEBEDAS Sesi 2019-2021 merakam kenangan selepas mesyuarat di Sibu, Sabtu lepas.
BELIA DAYAK: Daniel (duduk, empat kini), Alexander (duduk, empat kanan) serta ahli Majlis Tertinggi PEBEDAS Sesi 2019-2021 merakam kenangan selepas mesyuarat di Sibu, Sabtu lepas.
 ??  ?? BINA DIRI: Abu Seman (tengah) bersama Halimah (berdiri, lima dari kiri) merakam gambar bersama penceramah dan peserta Program Ke Arah Perubahan Diri Wanita, baru-baru ini.
BINA DIRI: Abu Seman (tengah) bersama Halimah (berdiri, lima dari kiri) merakam gambar bersama penceramah dan peserta Program Ke Arah Perubahan Diri Wanita, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia