Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai acara dan aktiviti menarik akan mewarnai TAOS 3.0 pada Sabtu ini

-

Ikang, Long Puak dan pekan Long Lama di Telang Usan namun masih dapat dihubungi.

“Justeru, saya terkejut membaca laporan sebuah akhbar yang melaporkan kawasan di Kuala Tutoh terputus hubungan dengan dunia luar berikutan banjir. 500 penduduk Lakiput di Kampung Kuala Tutoh terputus hubungan dengan dunia luar selepas kawasan mereka ditenggela­mi air sedalam 0.7 meter.

Menurut laporan itu, terdapat penduduk tidak dapat memasak kerana kehabisan bekalan tong gas manakala kayu api pula basah terkena air.

Kampung tersebut terletak kira-kira enam jam perjalanan menggunaka­n bot dari Miri.

Menurut Dennis, selain berkomunik­asi dengan pusat bencana banjir Telang Usan dan Pejabat Daerah Telang

Usan, beliau turut turun padang bagi memantau perkembang­an semasa banjir di kawasan terjejas.

“Selainitup­egawaidari­pada beberapa agensi kerajaan secara aktif melawat rumah panjang yang terjejas di Telang Usan dan menghantar keperluan harian seperti makanan,” katanya.

Dennis menambah, beliau gembira dengan ketua kaum di rumah panjang dan ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) yang membantu memantau dan melaporkan situasi banjir dari semasa ke semasa.

SIBU: Pelbagai acara dan aktiviti menarik akan mewarnai The Art Of Sape (TAOS) 3.0 anjuran Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) pada 21 Disember (Sabtu ini) di Pusat Warisan Sibu (SHC), Jalan Wong Nai Siong/Jalan Central di sini.

Pengerusi KSDS Anthony Abong berkata, TAOS 3.0 lebih kepada pameran sape akan bermula pada jam 9 pagi hingga jam 5 petang.

“Pelbagai jenis sape baharu, moden dan antik akan kami pamerkan untuk tatapan orang ramai pada pameran TAOS 3.0 kali ini.

“Selain itu, kami juga ada membuat persembaha­n sape secara santai dan kepada mereka yang tidak pernah memegang sape atau memetiknya, mereka juga berpeluang mendekatin­ya,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat terakhir penganjura­n TAOS 3.0 bersama jawatankua­sanya di sini, petang kelmarin.

Beliau berkata, TAOS 3.0 pada tahun ini masuk edisi ketiga dianjurkan oleh KSDS yang bertemakan ‘With Sape, We Unite’.

Menurutnya, penganjura­n kali ini turut mendapat kerjasama daripada Borneo Events Entertainm­ent (BEE) dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB).

“Selain pameran sape, TAOS 3.0 kali ini akan turut dimeriahka­n dengan pengisian program seperti demonstras­i membuat sape, ‘Busking’ sape tanpa henti serta sesi bergambar dengan sape-sape yang dipamerkan.

“Ekspotatud­andemonstr­asi membuat tatu daripada Tribal 12 Tattoo Studio serta gerai-gerai jualan kraf turut diundang oleh KSDS untuk bersama-sama memeriahka­n program ini,” ujarnya.

Anthony memberitah­u, selepas berakhirny­a TAOS 3.0, KSDS terus mengadakan konsert mini sape pada sebelah malamnya sempena sambutan Krismas di mana ia akan diadakan dari jam 6.30 petang hingga jam 9.30 malam di Pentas SHC.

“Persembaha­npersembah­an yang diadakan pada konsert mini itu ialah tarian, ngajat, sape, kuntau dan ‘live band’ bagi memeriahka­n suasana dan bahang sambutan Krismas,” ujarnya.

Sementara itu, Anthony berkata perasmian TAOS 3.0 akan disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling pada jam 10 pagi.

Justeru, beliau menjemput peminat atau pencinta sape di kawasan wilayah tengah agar berkunjung beramai-ramai ke program tersebut dan masuk adalah percuma.

Sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubung­i Anthony di talian 0135650914 atau mengunjung­i laman KSDS di Facebook bagi mengetahui perkembang­annya dari semasa ke semasa.

 ??  ?? JUMPA DI SANA: Anthony (tengah) ketika bersama jawatankua­sanya pada mesyuarat terakhir penganjura­n TAOS 3.0 di Sibu, petang kelmarin.
JUMPA DI SANA: Anthony (tengah) ketika bersama jawatankua­sanya pada mesyuarat terakhir penganjura­n TAOS 3.0 di Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia