Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat berbilang kaum dipelawa hadiri Rumah Terbuka Krismas STF Sabtu ini

-

KUCHING: Rakyat berbilang kaum tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik dipelawa hadir ke Rumah Terbuka Krismas anjuran Persekutua­n Pelanconga­n Sarawak (STF) pada 21 Disember ini.

Ketua Pegawai Operasi STF Franklin Simon berkata, majlis rumah terbuka tersebut dijadualka­n bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang di Mahkamah Lama di sini.

Beliau menjangkak­an seramai 300 pengunjung akan hadir ke rumah terbuka Krismas itu.

“Seperti sambutan rumah terbuka sebelum ini, kita mengadakan acara ini untuk mengajak masyarakat berbilang kaum dan agama meraikan perayaan dan tradisi rumah terbuka di Sarawak yang unik dan tidak dijumpai di tempat lain.

“Kerana itu, kita mempelawa semua kaum dan agama, pelancong mahupun warga tempatan untuk bersama-sama menikmati kemeriahan­perayaanKr­ismas dengan mengunjung­i rumah terbuka kita pada Sabtu ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Rumah Terbuka Krismas STF 2019 di Mahkamah Lama di sini, semalam.

Franklin menambah, sambutan rumah terbuka itu akan menjadi satu lagi contoh keharmonia­n yang wujud di Bumi Kenyalang.

“Selain meraikan perayaan ini dengan pelancong dan masyarakat setempat, Rumah Terbuka Krismas STF juga akan diraikan bersama golongan yang kurang bernasib baik.

“Tahun ini kita membawa

Rumah Seri Kenangan, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Sekolah Khas Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal (PERKATA) Kuching dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kota Samarahan,” ujarnya.

Turut diadakan pada sambutan rumah terbuka itu nanti katanya, adalah aktiviti menghias Krismas Gingerbrea­d House dan

Gingerbrea­d Cookie serta persembaha­n nyanyian lagu Krismas yang diketuai Cathedral St Thomas Choir serta kehadiran Uskup Agung Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Rt. Revd. Datuk Danald Jute.

“Tambahan pula, pelbagai jenis hidangan tempatan seperti bubur asyura, mi kolok, kambing panggang, ais kacang Swee Kang, laksa Sarawak, sate, ayam pansuh, poori dan kuih juga akan disajikan,” ujar beliau.

Acara itu yang merupakan sebahagian daripada kempen Rumah Terbuka Sarawak oleh STF, turut mendapat kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Lembaga Pelanconga­n Sarawak, Muzium Brooke, Food Journal, Guan Ho Leong Sdn Bhd dan Kuching In and Out (KINO) Magazine.

 ??  ?? JOM MERIAHKAN: Franklin (empat kanan) bersama tetamu lain merakam kenangan pada sidang media Rumah Terbuka Krismas STF 2019 di Mahkamah Lama di Kuching semalam.
JOM MERIAHKAN: Franklin (empat kanan) bersama tetamu lain merakam kenangan pada sidang media Rumah Terbuka Krismas STF 2019 di Mahkamah Lama di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia