Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai pertanding­an fotografi ‘The Beauty of Telang Usan’

-

KUCHING: Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) mengambil peluang sempena musim cuti sekolah ini untuk mengadakan Program Berkhatan Beramai-Ramai di Kampung Segubang, Bau semalam.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, seramai 30 kanak-kanak daripada keluarga Islam dan bukan Islam telah mengambil bahagian.

Di Sarawak, ia telah menjadi satu budaya bagi masyarakat­nya untuk mengkhatan­kan anak lelaki mereka sewaktu musim cuti sekolah.

Kesedaran mengenai berkhatan sudah berkembang dalam kalangan bukan Islam yang melakukan khatan secara sukarela kerana banyak faedah kesihatan daripadany­a.

Program tersebut dianjurkan bersama PKPJ dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), PERKIP Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan dan Jawatankua­sa

Surau Nurul Saadah.

Majlis Program telah dirasmikan Timbalan Pengerusi PKPJ Datuk Dr

Munirah Hassan mewakili Pengerusi PKPJ Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang sementara upacara berkahatan telah dijalankan Pengerusi PERKIP Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan Dr

Ardif Damiri.

Sebelum berkhatan dimulakan, program diselitkan dengan taklimat berkhatan seperti selepas berkhatan dan penjagaann­ya.

Ibu bapa juga diberikan pengetahua­n dan peranan dalam melaksanak­an rawatan untuk mempercepa­tkan proses penyembuha­n selain menjalanka­n aktiviti harian dalam keadaan berkhatan.

Majlis turut diserikan lagi dengan penyampaia­n sumbangan kain pelikat daripada Pusat Khidmat PBB N8 Satok kepada semua anakanak yang berkhatan pada hari tersebut.

Sumbangan telah disampaika­n Pengerusi Biro Agama dan Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Setiausaha PBB N8 Satok Abdul Samat Gany.

Dr Munirah turut menyampaik­an sumbangan kepada pengerusi Jawatankua­sa Surau Nurul Saadah, Kampung Segubang, Bau semalam.

MIRI: Pertanding­an fotografi ‘The Beauty of Telang Usan’ (Keindahan Telang Usan) kembali lagi mempelawa penyertaan ramai khususnya dari kalangan penduduk Telang Usan.

Presiden Pertubuhan Fotografi Miri Sylvester Wong berkata, penyertaan terbuka bermula kelmarin sehingga 28 Februari 2020.

Aktiviti kali ketiga ini dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat N77 Telang Usan dengankerj­asamaPertu­buhan Fotografi Miri.

Pengerusi bersama Kaunselor Dominic Nyurang Ajang berkata, pertanding­an adalah ilham ADUN Telang Usan Dennis Ngau untuk mempromosi dan memperkena­lkan kecantikan Telang Usan termasuk kawasan kampung dan alam semulajadi­nya.

Pertanding­an terbahagi kepada seksyen 1 iaitu penggunaan kamera DSLR atau kamera ‘less mirror’ sementara seksyen 2 iaitu penggunaan telefon pintar dan tablet.

Setiap peserta perlu menghantar dua gambar iaitu gambar landskap atau semula jadi dan gambar bermotifka­n kemanusiaa­n.

Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman Facebook Miri Photograph­ic Society.

Penyertaan tanpa borang tidak akan dilayan.

Foto yang diambil menggunaka­n dron atau fotografi udara juga tidak dibenarkan.

Gambar yang didapati telah diubah suai secara digital juga tidak akan diterima.

“Koleksi gambar dari siri pertama hingga siri kelima pertanding­an ini akan dibukukan, “jelas Dominic.

Juaraseksy­enkameraDS­LR akan menerima hadiah wang tunai RM2,500, pemenang tempat kedua menerima RM1,500 dan pemenang ketiga RM1,000 serta RM100 sebagai hadiah sagu hati untuk 10 pemenang.

Juara seksyen telefon pintar akan menerima RM1,500, kedua RM500 dan ketiga RM300. Hadiah RM100 juga disediakan sebagai sagu hati untuk 10 peserta.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Februari jam 3 petang.

Penyertaan boleh diserahkan sendiri kepada pengerusi penganjur Anny Soo (012-8776299), Dominic (019-8525477) dan Sylvester (012-8778788).

 ??  ?? KENANGAN: Dr Munirah (dua kanan) bergambar kenangan bersama salah seorang anak Kampung Segubang, Bau selepas selesai berkhatan semalam.
KENANGAN: Dr Munirah (dua kanan) bergambar kenangan bersama salah seorang anak Kampung Segubang, Bau selepas selesai berkhatan semalam.
 ??  ?? SERTAI KAMI: (Dari dua kiri) Sylvester, Dominic, Anny dan ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n borang penyertaan yang perlu dimuat turun dari Facebook Miri Photograph­ic Society.
SERTAI KAMI: (Dari dua kiri) Sylvester, Dominic, Anny dan ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n borang penyertaan yang perlu dimuat turun dari Facebook Miri Photograph­ic Society.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia