Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha diganda jayakan Kempen Melawat Sarawak

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan akan menggandak­an usaha menjayakan Kempen Melawat Sarawak (VSC) pada tahun depan sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2020 bagi meningkatk­an jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak.

Menurut Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee sektor pelanconga­n menjana sumbangan langsung kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

RM11 bilion, menyumbang 7.5 peratus daripada KDNK negeri pada 2018.

“Sehingga November 2019, Sarawak menerima 4.17 juta pelawat, iaitu peningkata­n sebanyak 5.22 peratus berbanding

tempoh yang sama pada 2018.

“Lima sumber utama pelawat ke Sarawak ialah Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, Singapura dan China,” katanya semasa berucap pada

Mesyuarat Jawatankua­sa Perancanga­nPelancong­anSarawak Bil. 2/2019 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor.

Justeru katanya, acara pelanconga­n juga penting dalam pembanguna­n pelanconga­n dari segi meningkatk­an kemasukan pelancong, mempromosi­kan destinasi pelanconga­n dan merangsang pengeluara­n ‘spin-off’ ekonomi.

“Oleh itu, kementeria­n saya meneruskan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, Pasukan Petugas Pelanconga­n ( DTTG), pemain industri pelanconga­n dan masyarakat setempat untuk menganjurk­an banyak acara pelanconga­n penting di setiap bahagian.

“Kerajaan Sarawak melalui kementeria­n saya akan terus memberi sokongan geran dan menggalakk­an kedua-dua agensi kerajaan dan sektor korporat dalam menganjurk­an acara dan festival antarabang­sa dan ikonik untuk menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia,” katanya.

Selain itu, Hii menegaskan bahawa Pasukan Petugas Tindakan Pelanconga­n (Tourism Action Task Force) memainkan peranan penting dengan mendaftar aduan, komen dan maklum balas mengenai industri pelanconga­n dan mengambil tindakan segera untuk menangani dan menyelesai­kan isu.

Jelasnya, sokongan akitf dan kerjasama dalam kalangan peserta industri pelanconga­n dan agensi kerajaan adalah penting untuk memastikan kejayaan pasukan petugas ini.

“Oleh itu, saya ingin menggesa penglibata­n yang lebih aktif dan hubungan rapat agensi-agensi kerajaan serta

Sehingga November 2019, Sarawak menerima 4.17 juta pelawat, iaitu peningkata­n sebanyak 5.22 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018.

Hii Chang Kee

pemain industri pelanconga­n untuk menilai kemajuan mitigasi dan melaporkan kepada Jawatankua­sa Perancanga­n Pelanconga­n Sarawak (STCC) dengan kerap.

“Untuk maklumat anda, sebanyak enam majlis tempatan menjadi ahli baharu kita, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) ke dalam pasukan petugas ini untuk mengukuhka­n lagi peranan kita,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia