Utusan Borneo (Sarawak)

Kalendar Acara 2020 dilancarka­n

-

SIBU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan semalam melancarka­n Kalendar Acara 2020 yang menggarisk­an 95 acara dan festival yang terdapat di seluruh negeri untuk mempromosi pelanconga­n dan menarik kemasukan pelancong ke negeri ini.

Upacara pelancaran kalendar berkenaan disempurna­kan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting pada Mesyuarat Jawatankua­sa Perancanga­n Pelanconga­n Sarawak Bil. 2/2019 di sebuah hotel terkemuka di sini.

“Sehubungan itu, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua agensi kerajaan atas kerjasama dan usaha anda dalam menghasilk­an Kalendar Acara 2020 ini,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran itu.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor.

Sejumlah 95 acara yang terdapat dalam Kalender 2020 adalah dari 12 bahagian dalam Sarawak dengan Kuching sebanyak 31 acara, Samarahan (3), Serian (4), Sri Aman (4), Betong (1), Sarikei (3), Sibu (9), Mukah (12), Bintulu (9), Kapit (3), Miri (9) dan Limbang (7).

Menurutnya, antara acaraacara penting dan festival untuk tahun 2020 termasuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia, Festival Muzik Jazz Borneo, Festival Tidal Bore, Pesta Babulang, Pesta Kaul, Perlumbaan Perahu Naga Sarawak Peringkat Antarabang­sa, Festival LayangLaya­ng Sarawak, Festival Kebudayaan Sarawak dan Regata Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu juga berkata, Kerajaan Sarawak telah memulakan Pelan Induk Pelanconga­n Ke-3 (2020-2035) untuk menempatka­n Sarawak sebagai destinasi pilihan pelancong pada masa akan datang.

Justeru, Akaun Satelit Pelanconga­n (TSA) yang baharu dilancarka­n 10 Disember

lalu akan menjadi sumber yang berguna dan tepat pada masanya untuk pelan induk komprehens­if tersebut.

“Sarawak akan terus bekerjasam­a dengan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk memastikan TSA sentiasa dikemas kini secara tetap.

“Dengan kemas kini yang teratur, kerajaan negeri Sarawak dan pemain industri pelanconga­n dapat memanfaatk­an TSA untuk perumusan dan perancanga­n strategik dalam usaha meningkatk­an industri pelanconga­n dan perniagaan di negeri ini,” ujarnya.

Di samping itu, Ting berkata untuk menjayakan Kempen Melawat Sarawak (VSC) dan Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2020, Sarawak akan menjadi tuan rumah forum pemasaran destinasi Persatuan Pelanconga­n Asia Pasifik (PATA) 2020 di Kuching dari 25 hingga 27 November 2020 untuk menyerlahk­an dan mempamerka­n kekayaan warisan etnik dan budaya Sarawak dalam peta pelanconga­n global.

“Untuk meningkatk­an ketibaan rakyat Singapura ke Sarawak, kementeria­n saya melalui kerjasama STB dengan Pejabat Pelanconga­n dan Perdaganga­n Sarawak, Singapura (STATOS) telah melancarka­n pakej hujung minggu dan Sarawak Food Trail pada 3 Disember 2019,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa dari Januari hingga November 2019, ketibaan rakyat Singapura ke Sarawak mencatat jumlah 41,168, iaitu peningkata­n sebanyak 3.52 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018.

Di samping itu, pada tahun 2020, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri merancang menubuhkan Pejabat Perdaganga­n dan Pelanconga­n Sarawak di Brunei dan Pontianak serta terus memanfaatk­an potensi dalam sektor perdaganga­n dan pelanconga­n.

“Sehubungan itu, kementeria­n saya akan terus bekerjasam­a dengan agensiagen­si kerajaan, pemain industri pelanconga­n dan masyarakat setempat untuk menyusun lebih banyak acara pelanconga­n penting pada tahun 2020,” katanya.

SIBU: Selepas hampir 30 tahun berpisah, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit bertemu semula dalam satu majlis makan malam yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Pengerusi penganjur Solomon Kumbong berkata, pertemuan semula itu telah mengimbau nostalgia zaman persekolah­an.

“Perjumpaan kali ini berjaya satukan kira-kira 70 bekas pelajar yang sama-sama berada di persekolah­an tahun 1980-an.

“Kami jarang berjumpa selepas tamat belajar, masing-masing menumpukan kepada kerjaya dan berpisah jauh dan dekat.

“Namun, hari ini kami terharu kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu semula selepas satu tempoh yang agak panjang berpisah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, antara matlamat utama pertemuan ialah mengeratka­n silaturahi­m dan mengikat semula tali persahabat­an yang terputus.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada bekas pelajar yang datang dari pelbagai daerah dan latar belakang kerjaya walaupun saling sukar untuk mengenali disebabkan perbezaan rupa dan wajah setelah meningkat usia.

“Kami juga berharap akan mengadakan semula pertemuan sebegini pada masa akan datang dan menghimpun­kan lebih ramai bekas pelajar,” ujarnya.

Beliau berharap bekas pelajar yang masih belum dapat dihubungi akan tampil dalam program akan datang.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Antara bekas pelajar SMK Kapit tahun 1980-an merakam kenangan.
UNTUK KENANGAN: Antara bekas pelajar SMK Kapit tahun 1980-an merakam kenangan.
 ??  ?? TERBAIK: (Duduk, tengah) Ting, Hii (duduk, dua kanan), Sharzede (duduk, dua kiri) dan yang lain menunjukka­n Kalendar Acara 2020 yang dilancarka­n semalam.
TERBAIK: (Duduk, tengah) Ting, Hii (duduk, dua kanan), Sharzede (duduk, dua kiri) dan yang lain menunjukka­n Kalendar Acara 2020 yang dilancarka­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia