Utusan Borneo (Sarawak)

27 kanak-kanak berjaya jalani proses berkhatan

-

BINTANGOR: Seramai 27 kanak-kanak telah berjaya menjalani proses berkhatan pada Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di Klinik Kesihatan Daerah Bintangor, semalam.

Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab berkata, berkhatan adalah satu kewajipan bagi agama Islam dan sesetengah agama serta kaum lain di negeri ini.

“Berkhatan adalah satu kewajipan bagi umat Islam dan ia juga merupakan satu agenda kehidupan dalam seseorang itu melangkah ke satu peringkat lagi dalam kehidupann­ya iaitu alam kedewasaan.

“Selain itu, dengan berkhatan ia akan membersihk­an diri seseorang itu daripada pelbagai kekotoran yang menjadi penyebab utama penularan penyakit.

“Usaha ini juga adalah merupakan satu landasan bagi kita untuk melahir dan menyedarka­n generasi kita tentang betapa pentingnya kebersihan fizikal yang sekali gus melambangk­an keperibadi­an mulia,” katanya.

Rata-rata kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti itu adalah yang berumur di antara 5 hingga 12 tahun.

Program khatan beramairam­ai ini adalah anjuran bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Bintangor, Jawatankua­sa Surau Darullkhsa­n, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bintangor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Amin Bintangor, SABERKAS Daerah Meradong, HIKMAH Ranting Bintangor dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N46 Meradong.

Terdahulu seramai 250 kanak-kanak telah mendaftar untuk menyertai program itu dan ia akan diadakan secara peringkat demi peringkat mengikut kumpulan.

Menurut Yusuf lagi, penganjura­n program seumpama ini juga akan membantu mengurangk­an beban kewangan yang ditanggung ibu bapa, memandangk­an kos berkhatan agak mahal pada masa kini.

Program ini turut melibatkan kerjasama dan dijalankan oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bintangor yang bertauliah dalam bidang berkenaan.

Kebanyakan kanakkanak yang telah menyertai program ini adalah dari Kampung Matu Daro, Kampung Itol Daro, Kampung Salah Daro, Kampung Penasu, Kampung Selemas, Kampung Tanjung Bundung dan beberapa kampung di sekitar daerah Meradong.

Turut sama dalam menjayakan program itu ialah Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor serta ketua-ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? TERUJA: Para peserta berkhatan bergambar bersama Yusuf dan tetamu kehormat lain sebelum berkhatan.
TERUJA: Para peserta berkhatan bergambar bersama Yusuf dan tetamu kehormat lain sebelum berkhatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia