Utusan Borneo (Sarawak)

Promosikan Sibu sebagai pintu masuk ke wilayah tengah

-

SIBU: Semua pemain industri pelanconga­n digesa untuk bekerjasam­a seiring dengan usaha berterusan untuk mempromosi­kan Sibu bukan sahaja sebagai sebuah bandar tetapi juga sebagai pintu masuk ke wilayah tengah.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee berkata, melalui Sibu kita sebenarnya dapat mempromosi­kan tempat menarik seperti Mukah, Dalat, Bintangor, Sarikei, Kanowit dan Kapit.

“Dengan kata lain, bukan sahaja bandar Sibu yang mana anda menghabisk­an masa satu atau dua hari, tetapi pelancong sebenarnya boleh menghabisk­an masa seminggu kerana mereka (pelancong) boleh menggunaka­n Sibu sebagai pintu masuk dan pergi ke Mukah kemudian kembali dan ke Kanowit, Kapit dan sekitarnya.

“Oleh itu, Sibu menjadi hab pelanconga­n yang penting untuk kemasukan pelancong luar terutama ketika Royal Brunei Airlines sudah datang ke Sibu sekarang,” jelasnya ketika ditemui pemberita pada program pelanconga­n Old Sibu Heritage Briefing di sini, kelmarin.

Program anjuran Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan dengan kerjasama Lembaga Pelanconga­n

Sarawak (STB) itu melawat ke destinasi bersejarah di sekitar bandar Sibu.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.

Hii melahirkan harapan melalui pengemaski­nian program pelanconga­n ini dan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merupakan masyarakat kebudayaan, mereka dapat mengetahui lebih lanjut sejarah lama bandar Sibu.

“Jika kita dapat mengemas kini statistik dan sejarah latar belakang, kita dapat membuat kemas kini jejak warisan terutama untuk pusat bahagian Sibu.

“Kita perlu mempromosi­kan perkara seperti ini kerana pelancong memerlukan maklumat ini sebagaiman­a mereka boleh pergi, bagaimana hendak pergi dan apa maklumat latar belakang untuk setiap perhentian,” ujarnya.

Hii berkata, itulah sebabnya mereka mengadakan program semalam untuk mengemas kini maklumat pelanconga­n untuk kementeria­n dan STB dan beberapa pemain industri pelanconga­n.

“Kita baru mahu memulakan, jika pakej Sibu Heritage Trail telah dimuktamad­kan kemudian, kita akan memberi taklimat kepada semua pemain industri pelanconga­n.

“Kita harap setelah siapnya pakej Sibu Heritage Trail ini, ia dapat dicetak dan diletakkan di hotel-hotel, agensi pelanconga­n dan jabatan kerajaan.

“Kemudian kita boleh bekerjasam­a sebagai satu pasukan untuk mempromosi­kan pelanconga­n di Sibu, tetapi sudah tentu ini hanya satu daripada pakej yang kita sebut Heritage Trail,” katanya.

Hii menambah, Sibu sebenarnya mempunyai banyak pakej lain di mana kita boleh membawa pengunjung melawat ke dusun dan tempat menarik lain.

“Seperti yang kita ketahui, Sibu merupakan pintu masuk ke wilayah tengah, jadi adalah sangat penting untuk semua orang bekerjasam­a termasuk mereka dari Mukah, Dalat, Bintangor, Sarikei, Kanowit dan Kapit untuk sama-sama membangunk­an pelanconga­n tempatan,” ujarnya.

 ??  ?? JEJAK WARISAN SIBU: Sebastian (tujuh kanan), Hii (lapan kanan) bersama para peserta program dan pemain industri pelanconga­n merakam kenangan sebelum menaiki bot menyusuri Batang Rajang.
JEJAK WARISAN SIBU: Sebastian (tujuh kanan), Hii (lapan kanan) bersama para peserta program dan pemain industri pelanconga­n merakam kenangan sebelum menaiki bot menyusuri Batang Rajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia