Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen cipta sejarah tubuh Kaukus Dewan Negara

Platform untuk mencadang dan memperhalu­si isu kepentinga­n awam

-

KUALA LUMPUR: Parlimen sekali lagi melakar sejarah dengan tertubuhny­a sebuah Kaukus Dewan Negara iaitu yang pertama di negara ini.

Menurut Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswara­n, penubuhan kaukus itu dipersetuj­ui Jawatankua­sa Pemilih Dewan Negara secara sebulat suara.

“Sukacita ingin saya memaklumka­n bahawa Jawatankua­sa Pemilih Dewan Negara telah bermesyuar­at pada Khamis (12 Disember, 2019) dan sebulat suara bersetuju bagi membentuk sebuah kaukus Dewan Negara seperti mana yang dilaporkan melalui kertas dewan DN2/2019 Penyata khas Jawatankua­sa Pemilih Dewan Negara yang telah saya perintahka­n untuk dibentangk­an di meja mesyuarat hari ini (semalam).

“Semoga semua ahli kaukus dapat menjalanka­n amanah yang diberikan dengan baik,” katanya ketika persidanga­n Dewan Negara dimulakan pagi semalam.

Vigneswara­n berkata keahlian kaukus terdiri daripada 13 ahli senator iaitu Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, Senator Datuk Paul Igai, Senator Datuk Ismail Yusop, Senator Datuk Razali Idris, Senator Nga Hock Cheh, Senator Datuk Theodore Douglas Lind, Senator Datuk Ismail Ibrahim, Senator Datuk Dr S Ananthan.

Keahlian kaukus yang lain ialah Senator Datuk Lee Tian Sing, Senator Asmak Husin, Senator Raj Munni Sabu, Senator Adrian Lasimbang dan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Sementara itu, Mohd Yusmadi berkata, mesyuarat pertama Kaukus Dewan Negara dijangka dapat dibuat pada sesi Dewan Negara kali ini bagi melantik jawatan tetap pengerusi kaukus itu.

Beliau berkata, secara lazimnya, kaukus berkenaan boleh berfungsi sebagai platform untuk ahli Parlimen mahupun senator untuk mencadangk­an dan memperhalu­si sesuatu isu seperti perkara yang melibatkan kepentinga­n awam.

“Penubuhan kaukus ini dicadangka­n oleh Jawatankua­sa Kerja Reformasi Dewan Negara. Kami mewakili rakanrakan senator dari pelbagai latar belakang selama ini telah berusaha ke arah reformasi

Platform ini diiktiraf di bawah amalan Parlimen serta di peringkat antarabang­sa. Agenda pemerkasaa­n dan reformasi Parlimen oleh kerajaan ternyata berhasil dan dapat berjalan seiring.

Mohd Yusmadi Mohd Yusoff

Senator

Parlimen dalam konteks Dewan Negara.

“Platform ini diiktiraf di bawah amalan Parlimen serta di peringkat antarabang­sa. Agenda pemerkasaa­n dan reformasi Parlimen oleh kerajaan ternyata berhasil dan dapat berjalan seiring,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ismail Yusop pula berkata kaukus itu adalah hasil usaha kesinambun­gan rakan-rakan senator terdahulu yang telah tamat perkhidmat­an serta memberikan komitmen yang baik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSIDANGA­N: Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Reformasi Dewan Negara Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (duduk dua, kanan) pada sidang media mengenai Pertubuhan Jawatan Kuasa Pemilihan Dewan Negara di Parlimen, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir (duduk, dari kiri) Senator Ngah Hock Cheh, Senator Raj Munni Sabu, Senator Ismail Yusop, dan (belakang, dari kiri), Senator Datuk Seri Ti Lian Ker, Senator Datuk Dr Ananthan Somasundar­am, Senator Asmak Husin, Senator Datuk Paul Igai dan Senator Adrian Lasimbang.
— Gambar Bernama PERSIDANGA­N: Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Reformasi Dewan Negara Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (duduk dua, kanan) pada sidang media mengenai Pertubuhan Jawatan Kuasa Pemilihan Dewan Negara di Parlimen, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir (duduk, dari kiri) Senator Ngah Hock Cheh, Senator Raj Munni Sabu, Senator Ismail Yusop, dan (belakang, dari kiri), Senator Datuk Seri Ti Lian Ker, Senator Datuk Dr Ananthan Somasundar­am, Senator Asmak Husin, Senator Datuk Paul Igai dan Senator Adrian Lasimbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia