Utusan Borneo (Sarawak)

142 anggota Maritim Malaysia Kelantan diberi suntikan Meningococ­cal

-

PASIR PUTEH: Seramai 142 anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan diberi suntikan vaksin Meningococ­cal untuk mengelak jangkitan kuman melalui sebaran sentuhan dan pernafasan yang dibawa nelayan asing ketika menahan mereka kerana menceroboh perairan negara.

Pegawai Memerintah KM Jujur Maritim Malaysia Kelantan, Left Komander Maritim Zaid Abu Bakar berkata, mereka yang diberi suntikan itu terdiri daripada anggota pelbagai unit termasuk penguatkua­saan, pentadbira­n dan keselamata­n.

“Vaksin berkenaan mampu mengekalka­n daya imuniti tubuh selama dua hingga tiga tahun daripada jangkitan bakteria meningitis yang mudah disebarkan melalui sentuhan dan udara,” katanya kepada pemberita pada majlis suntikan vaksin berkenaan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tok Bali di sini, semalam.

Pada 13 dan 14 November lepas seramai 18 anggota dari unit Kapal Maritim Jujur (KM Jujur) mengalami demam dan batuk berterusan yang disyaki mengalami Upper Respirator­i Tract Infection (URTI) atau kluster iaitu jangkitan saluran pernafasan yang berpunca daripada tahanan nelayan asing.

Beliau berkata, Maritim Malaysia Kelantan memandang serius terhadap sebarang kemungkina­n jangkitan virus bawaan itu.

Pada 2016 dan 2017 anggota agensi itu telah melengkapk­an tiga dos suntikan vaksin Hepatitis B, khususnya mereka yang sentiasa terdedah dengan warga asing.

Sementara itu seorang anggota yang bertugas di atas kapal KM Jujur, Pegawai Waran 1 Maritim, Nanyan Din berkata beliau merasa lega selepas diberi suntikan itu dan tidak khuatir lagi menjalanka­n kewajipan untuk menahan nelayan warga asing yang menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara, sebagaiman­a yang dialami sebelum ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISUNTIK: Jujur Maritim diberi suntikan Vaksin Meningococ­cal dan diikuti oleh anggotanya bagi mengelak jangkitan kuman melalui pernafasan nelayan asing pada Program Suntikan Vaksin di Pejabat APMM Tok Bali, Pasir Puteh semalam.
— Gambar Bernama DISUNTIK: Jujur Maritim diberi suntikan Vaksin Meningococ­cal dan diikuti oleh anggotanya bagi mengelak jangkitan kuman melalui pernafasan nelayan asing pada Program Suntikan Vaksin di Pejabat APMM Tok Bali, Pasir Puteh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia